Monday, September 12, 2016

Raya Haji di Negara Queen Elizabeth

"The prayer is done first, and then the khutbah?" lebih kurang begitulah pertanyaan lelaki ini kepada saya sebaik sahaja beliau duduk di sebelah dan bersalam.

"No, we've already finished the prayer," jawab saya kepadanya.

"So everything is done already?" beliau bertanya lagi. 

"Yes," saya menjawab sambil anggukkan kepala. Melihatkan beliau ini warga asing, saya pun bertanya, "Where do you come from?"

"Nepal," kata beliau.

"I've never seen a muslim from Nepal before. You're the first one," saya memberikan respon.

"We all come from Jannah (no matter which country we're from)." Beliau menimbal jawab.

Saya mengangguk lagi, lantas menyambung dan memperbetulkan katanya, "We're all from Allah. Inna lillah wa inna ilayhi raji'un. From Allah we come, and to Him we will return."


Biarpun ketika ini khutbah sedang berjalan, beliau makin rancak bersembang. Biarpun pada mulanya saya cuma bertanya dari mana asalnya dia itu bukan dengan niat untuk bersembang panjang, sekadar ingin tahu sahaja, namun beliau tersalah anggap bahawa saya ingin bersembang panjang. Pada waktu ini, saya teringat waktu-waktu di UK dulu di mana ada masjid yang memberikan ta'lim dalam bahasa Urdu dan khutbah dalam bahasa Arab (kecuali masjid-masjid universiti), yang membuatkan kami terpinga-pinga tidak faham akan bahasa Urdu. Disebabkan saya pernah berada di tempat beliau, saya empati dengannya dan biarkan sahaja perbualan kami makin rancak. Beliau memberitahu bahawa beliau pernah tinggal di London, kemudian ke Mauritius sebelum datang ke Malaysia. Banyak perkara yang saya tanyakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman hidup beliau sambil berkongsikan juga pengalaman saya sendiri selama tiga tahun di UK. Akhirnya, perbualan kami di pertengahan khutbah 'Idul Adha di Masjid Bukhari Alor Setar pagi ini pun berakhir, dan saya terus berkata padanya, "Okay, I want to focus (on) listening to the khutbah."

Pejam celik, sudah empat kali saya beraya korban di Malaysia, sejak balik dari UK. Sambut beraya korban di Malaysia tidak meninggalkan banyak kenangan, kecuali satu sahaja bilamana pada tahun 2015 saya bersama seorang pelajar kolej yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman beliau di Temerloh, pergi melihat aktiviti penyembelihan lembu di sebuah padang di Sepang. Sambutan raya korban lebih bermakna di negara perantauan berbanding di negara sendiri. 

Kenangan aktiviti melapah daging dan menyediakan bahan-bahan masakan daging untuk jamuan raya bersama-sama teman satu universiti. Di sana (UK) hanya individu yang mempunyai lesen menyembelih haiwan sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti korban. Tetapi kekurangan keistimewaan itu terisi dengan kerjasama dalam sudut yang lain.
Bersembang dan bergurau senda di jamuan yang diadakan di dewan Guild of Students universiti. Ma'a rajulayn min el-Azhar wa rajulun min jamii'ati.
Bersama junior jurusan Matematik dan Azat, kenalan dari Kazakhstan.
Berbual sambil menunggu giliran.


Sesungguhnya, ibadah haji yang menuntut umat Islam untuk berpakaian sewarna dan serupa (yakni putih dan tidak berjahit) menandakan manusia semuanya sama di sisi tuhan, tidak mengira tahap kekayaan, status dan warna kulit. Dari mana negara asal, itu bukan perkara utama. Perbezaan luaran dijadikan untuk manusia saling mengenal, selari dengan perintah li ta'aarafu di dalam Al-Quran.

Jika waktu muda dahulu kita berhati keras sesama manusia yang tidak segolongan atau sekufu, kini jadikanlah usia dan pengalaman mengajar kita menyantuni manusia dengan lebih lembut dan berhemah. 

"Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang, Allah akan mengampuni dosa-dosanya."
(Hadith riwayat Hakim daripada Ibnu 'Umar) 


Perhatikan perkataan 'pandang' نظر yang digunakan dalam hadith di atas, di mana baginda tidak menggunakan perkataan 'lihat' (ra-a) yang mempunyai maksud yang hampir sama tapi tak serupa. Nadhzara digunakan untuk memberikan erti 'to look carefully at something and think about it'. Maka pandanglah insan di sekeliling dengan tujuan untuk mendapatkan a deeper level of connection. Pandang dengan empati. Pandang dengan concern. Pandang untuk lahirkan komuniti sejagat yang sihat. Pandangan yang menyatukan, bukan membezakan. Inilah kemanisan 'Idul Adha!
comments powered by Disqus