Sunday, August 14, 2016

Sembang Orang Putih (Part 2)

Di Bahagian 1, saya telah kongsikan bagaimana untuk mengatasi masalah miscommunication. Sekarang kita beralih pula kepada bagaimana memulakan perbualan the way they do it. 

KISAH DI LABORATORY

Pernah terjadi pada awal-awal semester pertama di mana kami dibahagikan mengikut kumpulan makmal masing-masing. Sambil menunggu pelajaran bermula, pelajar akan bersembang terlebih dahulu seperti biasa. Di sinilah peluang untuk kita mula berkenalan. Jika anda merupakan pelajar lelaki, antara yang selalu mereka utarakan adalah "Hey mate, how are you"? atau "How you doing, mate? You're alright?" atau "What's up, man?" atau "Hey man, what's up?". Sesama male students, jarang untuk kita gunakan Hi berbanding Hey. Manakala perkataan mate pula bererti 'rakan' atau 'kawan', bukan bererti 'pasangan', dalam konteks perbualan harian. Selalunya rakan yang peramah dan mudah mendekati orang lain akan gunakan perkataan mate. Ada juga yang gunakan perkataan 'bro', sepertimana yang kita gunakan di Malaysia sesama rakan.

Gambar hiasan. Credit to universiti.which.co.uk

Pada pengamatan saya, ada dua cara untuk kita respond bila ditanyakan khabar. Ini terpulang kepada sama ada anda mempunyai apa-apa masalah atau isu yang ingin dikongsikan, contohnya malam semalam anda tidak boleh tidur, hari ini hujan lebat, hari ini salji tebal dan jalan sangat slippery, atau hari ini anda kurang sihat dan lain-lain lagi. Selalunya jika anda mempunyai isu-isu ini, anda tidak menjawab "I'm good" atau "I'm fine" tetapi terus kepada isu tersebut. Sebagai contoh,

Soalan: "How you doing mate, you good?" 

Jawapan: "Man, I slept really late last night. Feeling a lil bit dizzy right now."

Sebaliknya, sekiranya tiada isu, begini caranya yang selalu mereka jawab soalan perkhabaran;

Soalan: "How you doing mate, you good?" 

Jawapan alternatif: "I'm good, man. How are you?" atau "I'm good. You?" atau "I'm great man, thanks. How are you?" atau "Good, man, good. And you?" atau "I'm alright, mate. And you yourself?" atau "I'm good. You alright mate?"

Apa pun jawapan anda, jangan lupa untuk bertanya kembali kepada beliau. Jika di Malaysia, kadang-kadang kita tidak bertanya kembali tetapi budaya di sana boleh dikatakan satu kemestian untuk kita bertanya kembali since that is the way they express care and concern amongst friends or colleagues.

KISAH DI BILIK TUTOR

Saya tidak pasti bagaimana halnya di universiti-universiti yang lain, tetapi di universiti saya, academic meeting antara students dan tutor berjalan setiap dua minggu di bilik tutor masing-masing. Jadi, soalan wajib yang selalu tutor tanya kepada students selepas bertanya khabar adalah soalan seperti "How is everything going?" Dalam hal ini, saya cadangkan untuk mengelak menjawab dengan mudah sepertimana yang saya kerap buat, iaitu dengan menjawab "So far so good." Kita perlu ingat bahawa tutor bertanya demikian kerana itu adalah tugas beliau. Ini mungkin tidak menjadi isu kepada sesetangah pelajar, tetapi untuk mereka yang lebih konservatif, ini boleh menjadi isu komunikasi. Sekiranya anda kurang selesa menceritakan sesuatu yang peribadi disebabkan anda merasakan sesuatu perkara itu boleh anda settle sendiri tanpa perlu menceritakannya kepada tutor anda, setidak-tidaknya sebelum anda datang ke meeting tersebut, buatlah persediaan to feed something kepada tutor anda. Anything would do as long as it is useful untuk beliau membuat catatan (kerana memang sudah menjadi tugas beliau untuk menjaga hal ehwal peribadi anda terutamanya jika anda adalah pelajar antarabangsa), tidak kira sama ada apa yang anda kongsikan kepada beliau itu simple ataupun kompleks. And by the way, sepanjang pengalaman saya menjadi mentor kepada students A-Level di Malaysia, saya juga akui para pelajar di mana-manapun akan sukar untuk berkongsi isu peribadi secara jujur, dan saya selalu nasihatkan kepada mereka bahawa ada masanya orang yang lebih lama hidup berbanding kita boleh memberikan jawapan yang tidak pernah terlintas di fikiran kita sebagai pelajar. Bak kata pepatah, siapa yang lebih dulu makan garam? Fikir-fikirkan.

BERJUMPA LAGI

Di UK, selalunya selepas kita selesai sesuatu aktiviti bersama, contohnya waktu belajar sudah habis, ataupun kita sedang berbual di dalam bas dan bas sudah sampai ke bus stop, ataupun kita sedang mengucapkan selamat tinggal, ataupun selepas petugas kaunter memberikan tiket yang siap di-print, ataupun selepas pekerja restoran menghulurkan bungkusan makanan, perbualan akan berakhir dengan berkata 'Cheers', (selepas berkata Thank you - bilamana appropriate). Ini lebih jelas dilihat antara lelaki, di mana kita mengucapkan "Cheers, mate." Golongan wanita mungkin ada juga yang mengatakan "Cheers" tetapi selalunya mereka akan ganti dengan "Bye" atau "See ya later"

Cheers bukan hanya diucapkan sewaktu melalukan 'toast' minum. Harap maklum.

Walau bagaimanapun, jika berbual di dalam telefon, tidak kira sama ada perbualan itu antara lelaki dengan lelaki, lelaki dengan wanita, students dan professor, klien/customer dan seller, tenant dengan landlord/landlady ataupun employer dengan employee, perkataan terakhir sekali setiap masa adalah Bye. (Berbeza dengan di Malaysia di mana selalunya kita hanya akhiri dengan Bye jika berbual dengan rakan atau rakan rapat, atau sesama ahli keluarga, tetapi tidak jika dengan pensyarah ataupun perbualan formal yang lain seperti dengan bos di tempat kerja). Di sana pula, culture-nya adalah untuk mengakhiri perbualan telefon dengan 'Bye' (regardless of whether the conversation is formal or informal).

Disclaimer: Seperti yang saya nyatakan di Part 1 siri artikel Sembang Orang Putih yang lalu, pengalaman setiap individu adalah berbeza berdasarkan pelbagai faktor. 

Di Bahagian 3 nanti, insya Allah akan dikongsikan bagaimana mereka berinteraksi secara non-verbal pula. Terima kasih. Selamat beramal!
comments powered by Disqus