Friday, August 12, 2016

Sembang Orang Putih (Part 1)

Dalam kelapangan waktu pada pertengahan tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan berkongsi pengalaman berinteraksi dengan orang putih. Semoga berguna untuk para pelajar Malaysia/Indonesia/Brunei yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi sana untuk memulakan perbualan agar tidak kekok dan sebagainya. Sebelum itu, ingin diingatkan di sini bahawa segala dialog adalah hasil pengalaman saya sendiri. Setiap individu akan mengalami pengalaman berlainan. Sebagai contoh, jika saya menggunakan frasa "Di UK", bererti saya sedang membuat generalization yang tidak semestinya betul untuk daerah-daerah tertentu di UK, sepertimana juga tidak semestinya applicable untuk semua individu di sana yang social background dan education level masing-masing adalah berlainan. Majoriti pengalaman perbualan saya adalah pengalaman undergraduate, maka sekiranya anda adalah postgraduate student atau datang untuk bekerja secara professional, sudah tentu ada perbezaan pada hal-hal tertentu. Majoriti conversation yang saya alami adalah di England (bukan di Scotland, Wales, Northern Ireland, Poland, Republic of Ireland, USA, Canada, Australia, New Zealand dan sebagainya). Setiap tempat akan ada perbezaan. Sebagai contoh, gaya bercakap dan pemilihan perkataan oleh golongan posh di Cambridge dan Oxford ada bezanya dengan golongan kelas menengah Cockney, walaupun semua mereka tinggal di London. Di Malaysia pula, orang-orang kampung di utara tanah air yang sudah berumur menyebut RM 0.05 sebagai "lima det" dan RM 0.50 sebagai "lima kupang" tetapi di selatan tanah air, frasa yang digunakan adalah "lima sen" dan "lima puluh sen", respectively. 

Jadi manfaatkan apa yang saya kongsikan ini cuma sebagai panduan, dan bukannya suatu kemestian atau peraturan yang rigid pada setiap waktu, tempat, jantina dan keadaan. 

TIDAK FAHAM PERCAKAPAN

Sewaktu pertama kali saya turun di Heathrow Airport di London, sebaik sahaja keluar daripada Gate, saya terus membeli simcard di situ. Pada masa ini, saya tidak mempunyai masalah perbualan. Sebaliknya pertama kali saya memahami masalah untuk faham apa yang diucapkan adalah semasa sedang menempah makanan di bandar Birmingham. Pekerja di sana pada waktu itu bertanya "Itin?" dan saya kebingungan. Kemudian beliau bertanya lagi dengan pace yang pantas, kali ini dengan ayat yang lebih panjang dan sama pantas. Lagi bingung kita dibuatnya! Akhirnya, senior saya pada waktu itu, Fahim (bukan nama sebenar) datang dan membantu. Jika di Malaysia, sekiranya kita ke mana-mana restoran terutamanya restoran makanan segera seperti KFC dan sebagainya, pekerja akan bertanya terlebih dahulu sama ada "Nak makan sini atau nak take-away/bungkus?" dan kita akan expect orang di sana bertanya dengan bahasa kita yang di-translate-kan seperti "Would you like to eat here, or would you like to take away?" Hakikatnya, para pekerja di sana bertanya "Itin?" dengan laju, bukan dengan pace yang lambat i.e. Eat in? lebih-lebih lagi bukan dengan bahasa yang panjang seperti "Would you like to eat here?"


Gambar hiasan. Credit to Daily Mail.

Jadi apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita tidak faham percakapan di sana? Untuk menjawab isu ini, ada beberapa konteks yang perlu kita lihat. Adakah perbualan tersebut merupakan sebuah conversation sesama colleague? Adakah ianya perbualan di kaunter restoran? Atau perbualan di kaunter pendaftaran universiti? Adakah ianya perbualan dengan professor? Semuanya akan menentukan the level of our politeness to respond to it dan juga cara kita respond. Perkara lain yang juga sama pentingnya untuk kita lihat adalah faktor kita tidak faham. Adakah disebabkan accent beliau? Adakah disebabkan pace beliau bercakap? Adakah disebabkan pendengaran kita kurang jelas pada waktu itu disebabkan ada gangguan bunyi di sekeliling atau adakah disebabkan intonasi beliau yang rendah? Adakah kita tidak faham ayat yang beliau gunakan? Semua faktor ini menentukan bagaimana kita boleh respond kepada perbualan yang tidak difahami itu.

Sebagai contoh, sekiranya kita sedang bercakap melalui telefon, dan beliau bertanya sesuatu menggunakan ayat yang sangat panjang dan dengan pace yang sangat pantas, seperti yang selalu kena pada saya (dan untuk kes saya adalah lebih sukar kerana berbual dengan orang West Midlands memerlukan kita biasa mendengar accent mereka yang sangat tebal), saya hanya perlu minta beliau ulanginya sekali lagi: "Could you repeat it for me, please?" Dalam perbualan telefon, atau dalam perbualan secara bersemuka dengan individu yang sudah agak berumur daripada kita, selalunya inilah yang kita boleh tanyakan. "Could you repeat it for me, please?" Bagi saya inilah yang paling polite. Anda boleh juga tidak gunakan perkataan please di belakang, i.e. "Could you repeat it for me?" tetapi frasa "for me" sangat penting untuk polite respond. Walaupun saya akui di Malaysia, kita tidak gunakan frasa "untuk saya" (for me) di hujung ayat, tetapi untuk culture di sana, "for me" di hujung pertanyaan akan menandakan kita hormat pada beliau. Walau bagaimanapun, sekiranya kita bercakap dengan rakan yang kita sudah rapat, selalunya kita tidak perlu bersopan sangat. Cukup hanya dengan bertanya "What?" atau "Pardon?" atau "Sorry?" atau "I'm sorry? atau "Sorry, say that again?" 

Gambar hiasan. Credit to Fitness Magazine.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang dengan pensyarah pun kita cuma gunakan "Sorry?" ataupun "I'm sorry?" Saya sendiri dengan sesiapa sahaja tidak kira umur dan tidak kira profession, saya prefer untuk gunakan "Pardon?" (bukan ayat penuh I beg your pardon.) 


TIDAK FAHAM PERCAKAPAN PUSINGAN KEDUA

Andainya selepas kita minta beliau ulangi tetapi kita masih tidak memahami apa yang dicakapkan beliau, jangan risau, masih ada option lain selepasnya. Jika beliau bercakap dengan accent yang tebal, lebih-lebih lagi dengan nada yang pantas, biasanya kita akan susuli dengan meminta beliau bercakap dengan pace yang lebih perlahan, seperti "Sorry. I didn't catch that. Could you go (or speak) a little bit slower, please?" Biasakan menggunakan perkataan Could berbanding Can, kerana pada dialog-dialog tertentu, Can boleh berbunyi impolite. Lebih baik biasakan dengan Could disebabkan perkataan ini lebih neutral pada semua keadaan.

GAGAL PUSINGAN KEDUA, BERALIH KE PUSINGAN SETERUSNYA

Kebiasaannya, selepas pusingan kedua, kita sudah faham. Namun, jika tidak faham juga, boleh ulangi pusingan kedua tetapi kali ini dengan memberitahu beliau "I'm really sorry. My first language is not English." Selepas itu, tanyakan sekali lagi, "Could you go (or speak) a little bit slower, please?" Andainya anda tidak lepas pusingan ketiga, pusingan terakhir adalah dengan meminta bantuan rakan di sebelah sahaja.

FAKTOR DIKSI

Ada waktunya, boleh jadi kita tidak faham perbualan bukan disebabkan accent atau pace, tetapi disebabkan pemilihan perkataan beliau (diksi, diction). Ini boleh kita lihat dalam bahasa Melayu sendiri, sepertimana bila kita berbual dengan anak kecil, kita bertanya "Nanti bila besar, adik nak pilih pekerjaan yang mana satu?" Anak kecil itu mungkin tidak faham akan perkataan pekerjaan. Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah kita rephrase ayat tersebut dengan bahasa yang lebih mudah difahami, seperti "Nanti bila dah besar, adik nak jadi apa?"

Untuk perbualan dengan orang putih pula, bagaimana kita ingin beritahu beliau bahawa kita tidak faham disebabkan ada perkataan tertentu yang beliau gunakan yang asing daripada telinga kita? Kita tidak perlu bertanya dengan explicit seperti "There are a few words that I'm not familiar with. Could you use different words?" Adalah lebih mudah untuk kita ajukan "Could you rephrase that for me?" Soalan ini lebih mudah dan pantas.

Sekian untuk Part 1. Untuk Part 2 nanti, insya Allah akan dikongsikan pula hal-hal lain berkaitan Sembang Orang Putih.
comments powered by Disqus