Monday, September 12, 2016

Raya Haji di Negara Queen Elizabeth

"The prayer is done first, and then the khutbah?" lebih kurang begitulah pertanyaan lelaki ini kepada saya sebaik sahaja beliau duduk di sebelah dan bersalam.

"No, we've already finished the prayer," jawab saya kepadanya.

"So everything is done already?" beliau bertanya lagi. 

"Yes," saya menjawab sambil anggukkan kepala. Melihatkan beliau ini warga asing, saya pun bertanya, "Where do you come from?"

"Nepal," kata beliau.

"I've never seen a muslim from Nepal before. You're the first one," saya memberikan respon.

"We all come from Jannah (no matter which country we're from)." Beliau menimbal jawab.

Saya mengangguk lagi, lantas menyambung dan memperbetulkan katanya, "We're all from Allah. Inna lillah wa inna ilayhi raji'un. From Allah we come, and to Him we will return."


Biarpun ketika ini khutbah sedang berjalan, beliau makin rancak bersembang. Biarpun pada mulanya saya cuma bertanya dari mana asalnya dia itu bukan dengan niat untuk bersembang panjang, sekadar ingin tahu sahaja, namun beliau tersalah anggap bahawa saya ingin bersembang panjang. Pada waktu ini, saya teringat waktu-waktu di UK dulu di mana ada masjid yang memberikan ta'lim dalam bahasa Urdu dan khutbah dalam bahasa Arab (kecuali masjid-masjid universiti), yang membuatkan kami terpinga-pinga tidak faham akan bahasa Urdu. Disebabkan saya pernah berada di tempat beliau, saya empati dengannya dan biarkan sahaja perbualan kami makin rancak. Beliau memberitahu bahawa beliau pernah tinggal di London, kemudian ke Mauritius sebelum datang ke Malaysia. Banyak perkara yang saya tanyakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman hidup beliau sambil berkongsikan juga pengalaman saya sendiri selama tiga tahun di UK. Akhirnya, perbualan kami di pertengahan khutbah 'Idul Adha di Masjid Bukhari Alor Setar pagi ini pun berakhir, dan saya terus berkata padanya, "Okay, I want to focus (on) listening to the khutbah."

Pejam celik, sudah empat kali saya beraya korban di Malaysia, sejak balik dari UK. Sambut beraya korban di Malaysia tidak meninggalkan banyak kenangan, kecuali satu sahaja bilamana pada tahun 2015 saya bersama seorang pelajar kolej yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman beliau di Temerloh, pergi melihat aktiviti penyembelihan lembu di sebuah padang di Sepang. Sambutan raya korban lebih bermakna di negara perantauan berbanding di negara sendiri. 

Kenangan aktiviti melapah daging dan menyediakan bahan-bahan masakan daging untuk jamuan raya bersama-sama teman satu universiti. Di sana (UK) hanya individu yang mempunyai lesen menyembelih haiwan sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti korban. Tetapi kekurangan keistimewaan itu terisi dengan kerjasama dalam sudut yang lain.
Bersembang dan bergurau senda di jamuan yang diadakan di dewan Guild of Students universiti. Ma'a rajulayn min el-Azhar wa rajulun min jamii'ati.
Bersama junior jurusan Matematik dan Azat, kenalan dari Kazakhstan.
Berbual sambil menunggu giliran.

Sunday, August 14, 2016

Sembang Orang Putih (Part 2)

Di Bahagian 1, saya telah kongsikan bagaimana untuk mengatasi masalah miscommunication. Sekarang kita beralih pula kepada bagaimana memulakan perbualan the way they do it. 

KISAH DI LABORATORY

Pernah terjadi pada awal-awal semester pertama di mana kami dibahagikan mengikut kumpulan makmal masing-masing. Sambil menunggu pelajaran bermula, pelajar akan bersembang terlebih dahulu seperti biasa. Di sinilah peluang untuk kita mula berkenalan. Jika anda merupakan pelajar lelaki, antara yang selalu mereka utarakan adalah "Hey mate, how are you"? atau "How you doing, mate? You're alright?" atau "What's up, man?" atau "Hey man, what's up?". Sesama male students, jarang untuk kita gunakan Hi berbanding Hey. Manakala perkataan mate pula bererti 'rakan' atau 'kawan', bukan bererti 'pasangan', dalam konteks perbualan harian. Selalunya rakan yang peramah dan mudah mendekati orang lain akan gunakan perkataan mate. Ada juga yang gunakan perkataan 'bro', sepertimana yang kita gunakan di Malaysia sesama rakan.

Gambar hiasan. Credit to universiti.which.co.uk

Friday, August 12, 2016

Sembang Orang Putih (Part 1)

Dalam kelapangan waktu pada pertengahan tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan berkongsi pengalaman berinteraksi dengan orang putih. Semoga berguna untuk para pelajar Malaysia/Indonesia/Brunei yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi sana untuk memulakan perbualan agar tidak kekok dan sebagainya. Sebelum itu, ingin diingatkan di sini bahawa segala dialog adalah hasil pengalaman saya sendiri. Setiap individu akan mengalami pengalaman berlainan. Sebagai contoh, jika saya menggunakan frasa "Di UK", bererti saya sedang membuat generalization yang tidak semestinya betul untuk daerah-daerah tertentu di UK, sepertimana juga tidak semestinya applicable untuk semua individu di sana yang social background dan education level masing-masing adalah berlainan. Majoriti pengalaman perbualan saya adalah pengalaman undergraduate, maka sekiranya anda adalah postgraduate student atau datang untuk bekerja secara professional, sudah tentu ada perbezaan pada hal-hal tertentu. Majoriti conversation yang saya alami adalah di England (bukan di Scotland, Wales, Northern Ireland, Poland, Republic of Ireland, USA, Canada, Australia, New Zealand dan sebagainya). Setiap tempat akan ada perbezaan. Sebagai contoh, gaya bercakap dan pemilihan perkataan oleh golongan posh di Cambridge dan Oxford ada bezanya dengan golongan kelas menengah Cockney, walaupun semua mereka tinggal di London. Di Malaysia pula, orang-orang kampung di utara tanah air yang sudah berumur menyebut RM 0.05 sebagai "lima det" dan RM 0.50 sebagai "lima kupang" tetapi di selatan tanah air, frasa yang digunakan adalah "lima sen" dan "lima puluh sen", respectively. 

Jadi manfaatkan apa yang saya kongsikan ini cuma sebagai panduan, dan bukannya suatu kemestian atau peraturan yang rigid pada setiap waktu, tempat, jantina dan keadaan. 

TIDAK FAHAM PERCAKAPAN

Sewaktu pertama kali saya turun di Heathrow Airport di London, sebaik sahaja keluar daripada Gate, saya terus membeli simcard di situ. Pada masa ini, saya tidak mempunyai masalah perbualan. Sebaliknya pertama kali saya memahami masalah untuk faham apa yang diucapkan adalah semasa sedang menempah makanan di bandar Birmingham. Pekerja di sana pada waktu itu bertanya "Itin?" dan saya kebingungan. Kemudian beliau bertanya lagi dengan pace yang pantas, kali ini dengan ayat yang lebih panjang dan sama pantas. Lagi bingung kita dibuatnya! Akhirnya, senior saya pada waktu itu, Fahim (bukan nama sebenar) datang dan membantu. Jika di Malaysia, sekiranya kita ke mana-mana restoran terutamanya restoran makanan segera seperti KFC dan sebagainya, pekerja akan bertanya terlebih dahulu sama ada "Nak makan sini atau nak take-away/bungkus?" dan kita akan expect orang di sana bertanya dengan bahasa kita yang di-translate-kan seperti "Would you like to eat here, or would you like to take away?" Hakikatnya, para pekerja di sana bertanya "Itin?" dengan laju, bukan dengan pace yang lambat i.e. Eat in? lebih-lebih lagi bukan dengan bahasa yang panjang seperti "Would you like to eat here?"


Gambar hiasan. Credit to Daily Mail.

comments powered by Disqus