Friday, December 18, 2015

Caring Means Sharing: A Life Lesson For Review

Memang saya dikenali sebagai tenaga pendidik yang demanding. Sangat demanding. Hingga satu ketika berlaku konflik antara saya dan salah satu daripada kelas yang diajar pada tahun tersebut. Dan pada pengakhiran semester, saya panggil semula setiap pelajar untuk sesi 1 by 1. Untuk kami kongsikan perspektif masing-masing. To re-bridge our connections.

Banyak yang kami luahkan. Dan banyak yang kami sama-sama pelajari. Ada antara mereka yang menceritakan apa yang berlaku kepada ibu bapa masing-masing. Dan pada sesi 1 by 1 itu, saya bertanya apakah reaksi yang mereka dapat daripada parents masing-masing. Rata-rata mereka memberitahu bahawa parents menggunakan comforting words yang biasa dipakai, seperti "Biasa lah tu...", "Sabar lah..." . Ada juga pelajar dari kelas lain yang berkongsi nasihat bapanya pada beliau, tanpa saya minta untuk dikongsikan pun. Bapanya, yang juga seorang pendidik, selalu berpesan padanya, dan saya quote tulisan pelajar tersebut di sini:

"Abah saya cikgu, Sir. Dia selalu cakap takde cikgu yang niat tak baik kat pelajar dia. Ini yang memandu saya untuk sentiasa positif walaupun kadang-kadang ada gak teremosi tetiba sedih lah, stress apa lah ..."

Lebih baik daripada itu, ada seorang lagi pelajar berkongsi pesan ibunya pada beliau. Ketika anaknya sedang down, beliau berikan pesanan yang memberikan sumber kekuatan. Kata ibu pelajar tersebut pada beliau,

"Just forgive."

Untuk memaafkan insan lain tidaklah mudah. Padanya ada kekuatan yang perlu digenggam untuk merealisasikannya, dan untuk memaknakan kata-kata kemaafan yang dilafaz. Pada saya, ibu tersebut adalah ibu satu daripada sejuta. Bukan semua ibu di luar sana tahu apa yang anak perlukan. Dan bukan semua ibu di luar sana yang tahu memberikan apa yang diperlukan itu dengan cara terbaik. Tahniah, puan! Itulah didikan. That is one genuine education.

KETAM MENGAJAK ANAK BERJALAN BERSAMA

Pada saya, setiap hari kita belajar perkara yang baru. Ibarat seekor ketam. Bukan yang mengajar anaknya berjalan. Tetapi yang berjalan bersama mereka. Saya mengajar, dan saya juga diajar. Tuhan banyak membuka ruang untuk saya perbaiki diri. Alhamdulillah.

Kadang-kala, saya bersembang-sembang kosong sambil melakukan sesi sharing pengalaman hidup masing-masing. Memang kalau tentang life lessons, saya lah orang yang pertama suka berkongsi dan saya juga yang pertama suka mendengar. Antara topik yang kami masing-masing kongsikan adalah apa yang membuat pelajar-pelajar saya ini memilih bidang masing-masing, which happens to be doctors and dentists. 

Saya salute pelajar 1 ini. Beliau memilih untuk menjadi doktor perubatan kerana pada pengalaman keluarga beliau di Sarawak, doktor-doktor di sana tidak prihatin dengan emosi pesakit, tidak melakukan diagnos yang tepat dan bekerja acuh tak acuh. Beliau kecewa dengan para doktor di sana, maka dengan itu azam beliau adalah supaya beliau dapat menyumbang dalam bidang kedoktoran sebagai doktor perubatan yang lebih baik.

Saya juga salute pelajar 2. Beliau ini lahir daripada keluarga dentist. Boleh dikatakan semua ahli keluarganya bekerja sebagai dentist. Namun beliau memilih jalan hidup sebagai bakal doktor gigi bukan kerana pengaruh kata-kata sesiapa, tetapi hasil daripada penyaksian beliau terhadap kerjaya abahnya sebagai seorang dentist. Pengalaman beliau sewaktu masih kecil ketika membantu di klinik pergigian milik ahli keluarganya di Sarawak, meskipun beliau masih muda pada waktu dulu, telah membuka matanya akan apa yang ada di sebalik kerja-kerja membetulkan gigi. Bagaimana hasil tukangan bapanya bertahun-tahun terhadap seorang pesakit yang dulunya mempunyai bentuk rahang gigi yang tidak sama seperti kebanyakan orang, akhirnya berjaya mengubah bukan saja bentuk rahang dan penampilan wajah, tapi juga meningkatkan self-esteem, menghadirkan senyuman paling bahagia serta mengubah hidup pesakit tersebut selama-lamanya. And from there, she learnt the joy of giving, as a dentist.

Perbualan kami berakhir beberapa minit selepas 12 pagi. Terlalu banyak pengalaman hidup kami dan pengalaman hidup keluarga kami masing-masing yang dikongsikan di meja segiempat berwarna biru itu.

"Not all of us could do great things. But we can do small things with great love."

Ya Allah, andainya dapat saya coretkan semuanya di sini!
comments powered by Disqus