Sunday, April 19, 2015

Kitakah Yang Membina Rumah Itu? (Bahagian 1)

Selepas melihat ikon mesej facebook yang bernotifikasi merah tertera menandakan ada sebuah mesej yang belum dibaca, butang mouse terus meng-klik pada ikon itu. Sungguh tidak dijangka akan siapakah pemberi mesej tersebut, kerana kebanyakan contact saya dan seorang sahabat ini sebelumnya hanya melalui SMS, bukannya facebook. Di sini dikongsikan perkataan beliau:


Sahabat saya ini
Dah kahwin ke belum
Suka duka tawa sedih marah kecewa gembira semua rasa bersama
Rindu pulak kat sana


Beliau merujuk pada zaman perkenalan kami di UK dulu. Terus terang, biarpun saya membalas mesej tersebut dengan agak ringkas, sebenarnya perkataan beliau itu membekas di benak fikiran, membawa kembali diri penerima mesej ini ke saat-saat bergelar perantau di negeri orang. Satu ketika dulu.

UK ibarat rumah pertama bagi saya. Rumah yang di dalamnya saya belajar membesar. Membina dan mencari erti. Dengan berbekalkan sumber wang poket yang lebih dari cukup, segala keperluan fizikal tidak menjadi masalah sewaktu di sana. Semuanya ditanggung beres. All we had to do was just to live. And to learn. And so I did.


* * *


Menyentuh subjek tentang rumah, ini mengingatkan saya pada lagu The House That Built Me. Lagu ini ber-genre 'country' dan pada asalnya dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita. Walau bagaimanapun, yang menjadi lebih sedap untuk halwa telinga adalah nyanyian cover daripada penyanyi (lelaki) James Dupre.


Lagu The House That Built Me ini menceritakan tentang seorang yang sudahpun menempuh hidup sebagai seorang dewasa. Namun pada satu hari beliau terasa seperti ada kekosongan dalam diri, lalu beliau mengambil keputusan untuk pulang sebentar ke desa halaman tempat asalnya. Demi mencari semula bilah-bilah waktu yang lalu, yang membina siapa dirinya kini. Setibanya beliau ke tempat asalnya dulu, rumah yang satu masa dulu menjadi tempat permainan, saksi kepada masa-masa jatuh dan bangun sejarah hidup beliau beserta keluarga beliau dulu, kini sudahpun didiami oleh pemilik yang baru.


Kredit gambar di sini.



Ironinya, rumah yang didiami dulu kini menjadi tempat berteduh kepada pemilik yang baru. Disebabkan tidak mengenal antara satu sama lain, beliau terpaksa meminta izin untuk memasuki rumah tersebut. Untuk mengambil sesuatu yang berharga yang ditinggalkannya setelah belasan tahun hidup di alam dan tempat yang baru. Beliau hanya ingin kembali sebentar untuk mencari damai di hati. Untuk membawa pulang satu-satunya yang masih beliau miliki di sini, iaitu pahit manis sebuah memori.


I know they say you cant go home again.
I just had to come back one last time.

Ma'am I know you don't know me from Adam.
But those handprints on the front steps are mine.
And up those stairs, in that little back bedroom
is where I did my homework and I learned to play guitar.
And I bet you didn't know under that live oak
my favorite dog is buried in the yard.

I thought if I could touch this place or feel it
this brokenness inside me might start healing.
Out here its like I'm someone else,
I thought that maybe I could find myself
if I could just come in I swear I'll leave.
Won't take nothing but a memory
from the house that built me.



comments powered by Disqus