Saturday, January 31, 2015

Berbilang Kerusi di Meja Yang Satu

"Mesti kena ada yang mulakan, kalau tak sampai bila pun perubahan takkan berlaku," lebih kurang demikian kata-kata saya dalam minit-minit terakhir perbualan kami. Seandainya kami berbual di kedai kopi di warung tepi jalan di sebuah desa, biasanya saya akan memberikan gelaran 'pakcik' kepada seseorang yang lebih berumur sepertinya. Namun memikirkan bahawa perbualan kami berlaku di dalam kampus universiti dan dalam suasana akademik, adalah lebih sesuai saya menggelar beliau sebagai 'Encik'. 

Beliau merupakan seorang pelajar PhD dalam bidang sejarah dan pernah menjadi salah seorang panel penilai kualiti buku teks sekolah menengah bagi silibus pada era saya dahulu. Kami berbincang tentang pengaruh politik terhadap pembelajaran sejarah, tentang tokoh-tokoh akademik yang di-gam daripada media dan serba sedikit tentang sejarah secara umum, namun perinciannya sudah luput dari ingatan kerana perbualan kami tersebut adalah santai, terjadi secara kebetulan dan sudah berlalu berbulan lamanya sebelum artikel ini dicoret. Banyak perkara yang kami sama-sama bersetuju.

Di hadapan kami pula terdapat seorang gadis penuntut ilmu syariah pada tahap ijazah sarjana muda. Beliau tidak menyampuk dan sedang asyik melihat skrin komputer ribanya. Mungkin gadis tersebut terlalu khusyuk dengan aktivitinya, atau sengaja tidak menunjukkan minat untuk mencelah. 

Dataran Tun Seri Lanang di bahagian luar perpustakaan ini memang menjadi tempat wajib bagi pelajar seperti kami yang tidak begitu selesa berkurung diri setiap masa di dalam bilik untuk menyiapkan tugasan atau untuk membuat study group. Biasanya pelajar sarjana muda akan pulang ke kolej sebelum jam menunjukkan pukul 12 malam. Kemudian yang tinggal sehingga subuh hanya kami para pelajar postgraduate.

Kredit gambar di sini.

Tuesday, January 06, 2015

Min Al-Qalb (From the Heart)

Makna di sebalik perkataan hidayah atau al-Huda ialah guidance, atau petunjuk. Al-Quran mengistilahkan penurunan serta kandungan mesejnya sebagai sebuah PETUNJUK.

"Alif Lam Mim. Itulah kitab (Al-Quran) yang tiada ragu baginya. Petunjuk bagi insan bertaqwa."
(Al-Baqarah: 1-2) 

comments powered by Disqus