Friday, December 18, 2015

Caring Means Sharing: A Life Lesson For Review

Memang saya dikenali sebagai tenaga pendidik yang demanding. Sangat demanding. Hingga satu ketika berlaku konflik antara saya dan salah satu daripada kelas yang diajar pada tahun tersebut. Dan pada pengakhiran semester, saya panggil semula setiap pelajar untuk sesi 1 by 1. Untuk kami kongsikan perspektif masing-masing. To re-bridge our connections.

Banyak yang kami luahkan. Dan banyak yang kami sama-sama pelajari. Ada antara mereka yang menceritakan apa yang berlaku kepada ibu bapa masing-masing. Dan pada sesi 1 by 1 itu, saya bertanya apakah reaksi yang mereka dapat daripada parents masing-masing. Rata-rata mereka memberitahu bahawa parents menggunakan comforting words yang biasa dipakai, seperti "Biasa lah tu...", "Sabar lah..." . Ada juga pelajar dari kelas lain yang berkongsi nasihat bapanya pada beliau, tanpa saya minta untuk dikongsikan pun. Bapanya, yang juga seorang pendidik, selalu berpesan padanya, dan saya quote tulisan pelajar tersebut di sini:

Friday, July 10, 2015

The Four Letter Word

Pengalaman menjadi seorang pensyarah banyak memutar kembali memori sebagai seorang pelajar satu masa dulu. Dari mata seorang yang lebih dulu makan garam, andai saya terlihat seseorang pelajar membuat kesilapan pilihan dalam hidupnya, ingin sekali mulut ini menegur. 

Benarlah kata orang tua-tua, pengalaman mendewasakan kita.

Saturday, June 06, 2015

Review Lagu The Rose


The Rose

Some say love it is a river
that drowns the tender reed
some say love it is a razor
that leaves your soul to bleed
some say love it is a hunger
an endless aching need
I say love it is a flower
and you it's only seed
It's the heart afraid of breaking
that never learns to dance
It's the dream afraid of waking
that never takes the chance
It's the one who won't be taken
who cannot seem to give
and the soul afraid of dying
that never learns to live
When the night has been too lonely
and the road has been too long
and you think that love is only
for the lucky and the strong
Just remember in the winter
far beneath the bitter snow
lies the seed that with the sun's love
in the spring becomes a rose.

Padat dengan metafora serta personifikasi, lagu 'The Rose' bukanlah bingkisan lagu picisan cinta romantis, sebaliknya puisi yang puitis lagi dalam maknanya. Sesiapa yang membaca perkataan 'love' di dalam lagu ini sebagai 'cinta biasa antara dua kekasih', ternyata pasti meletakkan bingkai yang kecil pada refleksi dalam cermin kehidupannya. 


Kredit gambar di sini.

Sunday, April 19, 2015

Kitakah Yang Membina Rumah Itu? (Bahagian Akhir)

Sudah menjadi lumrah untuk kita lebih menghargai sesuatu yang kita peroleh dengan jerih payah berbanding sesuatu yang kita dapat dengan mudah. Begitu juga dengan nostalgia rumah. Di dalam lagu The House that Built Me, diceritakan bahawa ibu beliau mengambil masa bertahun meneliti majalah untuk mencari design rumah yang terbaik, dan setelah itu bapanya bersusah payah membina rumah idaman keluarganya. Satu demi satu papan dipaku. Sehingga terbinanya rumah yang satu itu.

Sudah tentu perasaan penghuni yang tinggal di rumah yang dibina olehnya sendiri lebih menghargai nilai sentimental sebuah rumah. Pernah saya melawat sebuah rumah seorang sahabat di kawasan yang berjiran dengan Kuala Selangor, dan diceritakan pada saya oleh ibunya akan waktu-waktu susah bapanya yang perlu mengangkat kayu-kayan dari jauh untuk dijadikan rumah tempat untuk berteduh. Di hadapan rumah itulah dulunya terletak sebuah sungai yang dijadikan tempat mandi dan bermain, dan di sudut tepi rumah tersebut terletaknya tempat disemadikan kucing kesayangan beliau. Menara masjid di sebelah rumah pula dijadikan tempat untuk dinaiki untuk melihat sekitar kawasan kampung. Zaman kecil saya juga tidak lari daripada suasana desa sepertimana sahabat saya itu. Masih lagi dalam ingatan, kami anak-anak kampung bermain polis tantri, tuju kasut/botol tin dan permainan tradisi anak ayam, aci ligan serta ketinting. Saya dan sepupu pernah memasuki hutan di sebelah sungai tempat tumbuhnya pokok bomban untuk kami jadikan peluru bagi senapang kayu yang diikat dengan getah. Kenangan memancing di sungai belakang rumah juga tidak dilupa. Sudah menjadi kegemaran saya untuk menyediakan sebuah tempurung kelapa yang kering (sudah lama dibuang) sebagai mangkuk untuk diletakkan umpan pepatung dan belalang. Pepatung ditangkap sendiri menggunakan kayu yang hujungnya diikat dengan plastik. Begitu juga halnya dengan belalang hijau yang banyak hidup meliar di pokok keladi di tepi sungai. Spesies pepatung yang besar pula seperti patung askar, patung oren, merah dan kuning selalunya lebih mudah ditangkap menggunakan tangan. Ada masa tertentu kami pergi ke kedai akuarium untuk membeli cacing dan cengkerik. Ada kalanya kami mencangkul sendiri tanah yang basah untuk mencari cacing tanah bagi dibuat umpan mengail puyu, selat dan haruan.
Ikan selat yang kini makin pupus dari sungai belakang rumah di kampung. Kredit gambar di sini.

Kitakah Yang Membina Rumah Itu? (Bahagian 1)

Selepas melihat ikon mesej facebook yang bernotifikasi merah tertera menandakan ada sebuah mesej yang belum dibaca, butang mouse terus meng-klik pada ikon itu. Sungguh tidak dijangka akan siapakah pemberi mesej tersebut, kerana kebanyakan contact saya dan seorang sahabat ini sebelumnya hanya melalui SMS, bukannya facebook. Di sini dikongsikan perkataan beliau:


Sahabat saya ini
Dah kahwin ke belum
Suka duka tawa sedih marah kecewa gembira semua rasa bersama
Rindu pulak kat sana


Beliau merujuk pada zaman perkenalan kami di UK dulu. Terus terang, biarpun saya membalas mesej tersebut dengan agak ringkas, sebenarnya perkataan beliau itu membekas di benak fikiran, membawa kembali diri penerima mesej ini ke saat-saat bergelar perantau di negeri orang. Satu ketika dulu.

UK ibarat rumah pertama bagi saya. Rumah yang di dalamnya saya belajar membesar. Membina dan mencari erti. Dengan berbekalkan sumber wang poket yang lebih dari cukup, segala keperluan fizikal tidak menjadi masalah sewaktu di sana. Semuanya ditanggung beres. All we had to do was just to live. And to learn. And so I did.


* * *


Menyentuh subjek tentang rumah, ini mengingatkan saya pada lagu The House That Built Me. Lagu ini ber-genre 'country' dan pada asalnya dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita. Walau bagaimanapun, yang menjadi lebih sedap untuk halwa telinga adalah nyanyian cover daripada penyanyi (lelaki) James Dupre.


Lagu The House That Built Me ini menceritakan tentang seorang yang sudahpun menempuh hidup sebagai seorang dewasa. Namun pada satu hari beliau terasa seperti ada kekosongan dalam diri, lalu beliau mengambil keputusan untuk pulang sebentar ke desa halaman tempat asalnya. Demi mencari semula bilah-bilah waktu yang lalu, yang membina siapa dirinya kini. Setibanya beliau ke tempat asalnya dulu, rumah yang satu masa dulu menjadi tempat permainan, saksi kepada masa-masa jatuh dan bangun sejarah hidup beliau beserta keluarga beliau dulu, kini sudahpun didiami oleh pemilik yang baru.


Kredit gambar di sini.

Sunday, March 15, 2015

Falsafah Saintis Untuk Dummies (Bahagian 2)

Adalah menjadi kemestian bagi seseorang pengkaji untuk menentukan apakah problem statement(s) bagi kajian yang hendak dilakukan. Robert Snieder, Ken Larner dan Tom Boyd adalah antara nama yang terkenal dalam penulisan tentang persediaan bagi membentuk pelajar PhD sebagai bakal saintis yang berjaya. Antaranya mereka menulis di dalam journal OPSA 1 bertajuk Teaching Graduate Students the Art of Science:

An interesting exercise is to pose graduate students the following assignment:

Please complete the following sentence in not more than 20 words: “The main question I want to address in my research is _______  .”

It might be surprising to find that many students have difficulty in completing this sentence. That difficulty arises because they lack clarity on the very research question they aim to address. But how can one expect to find an answer if it is not clear what the question is? It is fundamental that students understand the significance of asking questions in research. Some of these questions are major overlying ones, some are more specific with a focus on a particular practical problem. The ‘right’ questions are ones that almost automatically lead to actions in research. The best start at asking the ‘right’ question comes from asking lots of them – both ‘good’ ones and ‘stupid’ ones, simple ones and bold ones. It can take courage and imagination to ask bold questions. The question “What would be the consequences if the speed of light were the same for all observers?” posed by Einstein is at first sight nonsensical, yet it changed our world-view because it led to the theory of special relativity.

Bertanyakan soalan-soalan pada diri sudah tentu tidak menjadi sesuatu yang bermasalah bagi sesiapa sahaja yang banyak berfikir tentang kehidupan. Sudah tentunya seorang saintis muslim dapat mengambil kesempatan terhadap hal yang sedemikian, kerana setiap yang menjadikan Islam sebagai apa yang dinamakan minhajul hayah (disiplin kehidupan/ silibus kehidupan/ panduan hidup) memang sudah terlatih untuk bertanyakan soalan-soalan dalam kehidupan.

Falsafah Saintis Untuk Dummies (Bahagian 1)

Beliau mencari-cari objek yang boleh dijadikan seperti seutas tali di dalam biliknya bagi menjawab soalan yang saya tanyakan. Setelah beberapa saat menyelongkar barang-barang di sebelah kanannya, Chris mengambil keluar seutas tali lalu membuat demonstrasi untuk menunjukkan kesan daripada proses actin polymerization and depolymerization di dalam sel.

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar School of Biosciences di universiti kami untuk melakukan perjumpaan bersama tutor masing-masing secara berkumpulan sebanyak sekali untuk setiap dua minggu. Namun ada masa tertentu kami diwajibkan berjumpa secara individu. Sesi individu kali ini, seperti yang diceritakan di atas, adalah salah satu daripada slot yang masih terpahat dalam ingatan saya biarpun sudah lama detik itu berlalu. Beliau bertanyakan tentang perihal akademik, sama ada saya mempunyai masalah untuk dikongsi atau apa-apa untuk dibincangkan. Maka saya pun mengambil kesempatan untuk bertanyakan padanya tentang istilah pull and push oleh actin di dalam sel.

Polimerisasi sebagai sebuah 'push' dan Depolimerisasi sebagai faktor 'pull'. Kredit gambar di sini.

Subjek tentang actin diajar oleh pensyarah yang lain, iaitu Dr. Rappoport yang membuat pengkhususan dalam bidang molekul sel. Walaupun topik actin terletak di luar bidang pengkhususan tutor kami ketika itu, saya tetap ingin melontarkan soalan itu kepada beliau. Mungkin di dalam hati terdetik bahawa mendengar penerangan daripada saintis yang diberi kredit sebagai salah seorang antara saintis dunia yang terkehadapan dalam bidang plasmid bakteria ini akan memberikan sudut pandang yang berbeza. Dengan hanya menggunakan seutas tali, konsep pull and push effect oleh molekul-molekul aktin di dalam sel diterangkan hingga pemahaman asas saya jelas, terang dan make sense!

Saturday, January 31, 2015

Berbilang Kerusi di Meja Yang Satu

"Mesti kena ada yang mulakan, kalau tak sampai bila pun perubahan takkan berlaku," lebih kurang demikian kata-kata saya dalam minit-minit terakhir perbualan kami. Seandainya kami berbual di kedai kopi di warung tepi jalan di sebuah desa, biasanya saya akan memberikan gelaran 'pakcik' kepada seseorang yang lebih berumur sepertinya. Namun memikirkan bahawa perbualan kami berlaku di dalam kampus universiti dan dalam suasana akademik, adalah lebih sesuai saya menggelar beliau sebagai 'Encik'. 

Beliau merupakan seorang pelajar PhD dalam bidang sejarah dan pernah menjadi salah seorang panel penilai kualiti buku teks sekolah menengah bagi silibus pada era saya dahulu. Kami berbincang tentang pengaruh politik terhadap pembelajaran sejarah, tentang tokoh-tokoh akademik yang di-gam daripada media dan serba sedikit tentang sejarah secara umum, namun perinciannya sudah luput dari ingatan kerana perbualan kami tersebut adalah santai, terjadi secara kebetulan dan sudah berlalu berbulan lamanya sebelum artikel ini dicoret. Banyak perkara yang kami sama-sama bersetuju.

Di hadapan kami pula terdapat seorang gadis penuntut ilmu syariah pada tahap ijazah sarjana muda. Beliau tidak menyampuk dan sedang asyik melihat skrin komputer ribanya. Mungkin gadis tersebut terlalu khusyuk dengan aktivitinya, atau sengaja tidak menunjukkan minat untuk mencelah. 

Dataran Tun Seri Lanang di bahagian luar perpustakaan ini memang menjadi tempat wajib bagi pelajar seperti kami yang tidak begitu selesa berkurung diri setiap masa di dalam bilik untuk menyiapkan tugasan atau untuk membuat study group. Biasanya pelajar sarjana muda akan pulang ke kolej sebelum jam menunjukkan pukul 12 malam. Kemudian yang tinggal sehingga subuh hanya kami para pelajar postgraduate.

Kredit gambar di sini.

Tuesday, January 06, 2015

Min Al-Qalb (From the Heart)

Makna di sebalik perkataan hidayah atau al-Huda ialah guidance, atau petunjuk. Al-Quran mengistilahkan penurunan serta kandungan mesejnya sebagai sebuah PETUNJUK.

"Alif Lam Mim. Itulah kitab (Al-Quran) yang tiada ragu baginya. Petunjuk bagi insan bertaqwa."
(Al-Baqarah: 1-2) 

comments powered by Disqus