Thursday, December 25, 2014

Dedikasi

Hari itu merupakan hari terakhir kaki dijejak di bumi Eropah. Masa telah tiba untuk pulang ke tanah air. Sedang menunggu pesawat MAS di Lapangan Terbang Heathrow, London, sempat berbual-bual ringkas bersama beberapa orang Malaysia yang turut sama menunggu. Ada seorang daripada mereka merupakan ahli keluarga kepada seorang rakan se-universiti yang bakal menaiki kapal terbang yang sama. Tanya insan tersebut pada saya tentang plan selepas pulang daripada pengajian ijazah nanti. Sama ada sambung belajar atau kerja dahulu.

Saya menidakkan kedua-dua pilihan tersebut, dan setelah menyatakan saya mempunyai rancangan yang lain, sambil tersenyum-senyum, saya dapat agak dari riak muka saudari tersebut bahawa beliau mengagak saya akan sebut tentang perkahwinan. Jadi sebelum beliau bertanya, terus sahaja saya nyatakan bukan perkahwinan perkara yang dimaksudkan. Rancangan tersebut adalah berkaitan pengambilan second degree (ijazah kedua).

Friday, December 19, 2014

Siri Avatar dan Ibu Bapa

Baru sebentar tadi habis menonton episod terakhir bagi siri ke-4 Avatar. Seperti penutup musim-musim sebelumnya, ada pengajaran dari sudut kerohanian agama Buddha yang ingin disampaikan oleh siri tersebut. Bagi siri ke-4, penonton dihadapkan dengan mesej bahawa setiap keburukan yang berlaku kepada diri dapat kita jadikan sebab untuk dapat mencari common ground dengan insan lain. Dan dengan common ground itu, kita dapat mendekati mereka (baca: mad'u) dengan sifat memahami. Kepada sesiapa yang tahu serba sedikit agama Budhha, anda pasti faham dengan jelas akan konsep ini.

Avatar Kora. Kredit gambar di sini.

comments powered by Disqus