Tuesday, November 25, 2014

Nota Puff Pastry

Jam menunjukkan pukul 5.23 petang. Sudah hampir tiga bulan berada di sini sebagai pelajar Masters. Sementara menunggu Maghrib, terasa ingin menulis. Inspirasi datang mengetuk pintu tanpa terduga.

Deadline bagi minggu ini adalah tugasan analisis data bagi subjek Penderiaan Jarak Jauh (Remote Sensing). Selepas itu fokus perlu diberikan kepada esei 10 ribu patah perkataan bagi subjek Ekologi yang belum pun mula ditulis walau sepatah kata. Tetapi sekurang-kurangnya nota catatan daripada beberapa rujukan sudahpun dibuat dua bulan yang lalu. Moga itu boleh membantu oral presentation pada minggu hadapan.

Dalam kelelahan belajar, ruang bernafas perlu dicari. Jika tidak, belajar boleh menjadi beban. Ruang-ruang ini berbeza bagi setiap pelajar. Ada yang pada hujung minggu menonton filem, ada yang pergi ke masjid mendengar kuliah, ada yang melepak di restoran bersama rakan, and the list goes on. Dalam kita berlari mengejar sesuatu yang diimpi, andai tidak berpegang pada realiti, kita bakal hilang diri. Realitinya kita adalah seperti gelas yang sentiasa perlu di-polish-kan dengan cabaran dan rintangan, tetapi tekanan yang terlalu kuat bakal memecah dan meretakkan kaca. Ibarat lirik lagu daripada Thompson Square yang bertajuk Glass:

"We may shine,
we may shatter,
we may be picking up the pieces here on after,
we are fragile,
we are human,
we are shaped by the light we let through us,
we break fast,
cause we are glass."

comments powered by Disqus