Sunday, June 15, 2014

Tentang Anak Kecil dan Anak Muda

Selama hampir tiga bulan pernah saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar sementara berkontrak di sebuah sekolah rendah. Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang asing kepada kanak-kanak memerlukan skill dan passion. Biarpun cuma mengajar nama-nama objek, misalnya, seperti tree dan fish, ia tidak semudah mengajar 1,2,3.

Saya ditugaskan sebagai satu-satunya guru Bahasa Inggeris untuk anak didik Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Alhamdulillah, bagi setiap peringkat tahun, kelas hanya ada satu. Maka jumlah kelas adalah tiga kesemuanya, masih manageable untuk seorang guru.




Sepanjang tempoh tersebut, saya mengambil peluang untuk mengikat bonding bersama para pelajar. Kerana saya tahu masa untuk bersama tidak lama. Seringkali mereka mendapat nasi lemak percuma. Ada kalanya kami makan bersama di meja guru pada waktu rehat. Selepas tamat kontrak, saya tidak mahu keluar hanya dikenang sebagai bekas pengajar di mata anak-anak didik, tapi sebagai ahli keluarga yang pernah 'tinggal' bersama.

comments powered by Disqus