Friday, May 30, 2014

Membeli Buku Secara Online

Terdapat banyak pilihan kedai online untuk membeli bahan bacaan. Jika anda memerlukan bahan bacaan berbentuk akademik seperti thesis atau buku ilmiah lain, sesetengah universiti di Malaysia menyediakan kedai bookstore online untuknya. Saya pernah membeli History of Truth: The Truth About God and Religions karya Dr. Adel Elsaie dari kedai bookstore online Universiti Sains Islam (USIM).

Selain itu, jika anda memerlukan buku-buku terbitan syarikat lokal, setiap satu syarikat tentu ada website dan kedai online mereka. Terbaru, saya membeli hasil buah tangan Ustaz Hasrizal yang terbaru (Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi) dari website Karangkraf selepas tidak dapat mencari buku itu di kedai-kedai buku di Kedah.

Ada juga pilihan untuk membeli buku-buku online daripada gudang buku online yang besar seperti Lazada. Melalui Lazada, saya pernah membeli novel Life of Pi yang sangat terkenal. Walaupun sudah lama berhenti meminati novel dan sudah beralih kepada buku-buku ilmiah, novel Life of Pi terasa sebagai sebuah buku yang wajib dibeli juga, kerana idea falsafah spiritualnya bukan calang-calang. Hasil air tangan Yann Martel (graduan falsafah) ini perlu saya lihat dan baca sendiri, selepas menonton filem adaptasi Life of Pi.

Kredit gambar di sini.


comments powered by Disqus