Thursday, March 27, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian Akhir)

1 Jun 2013

Selesai bermalam di London. Dalam perjalanan pulang ke Selly Oak, Birmingham. 

Alhamdulillah, pemandu bas membenarkan saya naik walaupun saya tidak memaklumkan kepada syarikat bas untuk menaiki bas pada hari ini, kerana tiket yang dibeli adalah tiket Open Return. 

Apabila bas mula berjalan, barulah saya sedar di dalam beg tidak ada minuman. Risau juga kerana perjalanan bas adalah selama 3 jam tanpa henti.

Sekitar jam 8.30 malam, bas 410 dari Victoria Station yang dinaiki mengalami tayar pancit. 


Gambar tayar bas yang pancit yang sempat saya ambil.

Wednesday, March 26, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 4)

31 MEI 2013

Bergerak ke St. James Park untuk melihat tasik dan tumbuh-tumbuhan di sana.

Bunga-bunga dengan gabungan warna ungu, kuning dan merah jambu memang sesuatu yang tipikal untuk diperhatikan di bumi UK ketika musim bunga.
 

Tasik St. James Park sangat jernih lagi memikat hati. (Kredit gambar di sini.)

Terdapat beberapa ekor burung yang bertabiat pelik di sini, iaitu tabiat berdiri sebelah kaki. Saintis menamakan tabiat ini sebagai unipedal posture, atau one-leg stance behaviour. Antara hipotesis untuk menjustifikasikan tabiat ini termasuklah kawalan suhu badan.

Tuesday, March 25, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 3)

31 MEI 2013

Mengambil angin di Buckingham Palace (Istana Buckingham), kemudian bergerak ke arah destinasi paling utama yang ingin dituju, Buckingham Palace Green Park.

Sewaktu pertama kali menjejak kaki di sini pada tahun 2011 yang lalu, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah perkataan 'jannah', disebabkan keadaan taman yang begitu nyaman dan tenang.

Biarpun perkataan jannah terdiri daripada tiga huruf berbeza (jim, nun dan ta marbutah), jannah berasal daripada perkataan jann. Dalam bahasa Arab, kebanyakan perkataan berasal daripada sistem tiga huruf yang dipanggil 'triliteral root'. Jann mempunyai dua huruf nun dan satu huruf jim. (Jann = jim, nun, nun). Apabila ditulis, kedua-dua huruf nun digabungkan dengan penggunaan tanda syaddah.

Jann memberikan konotasi sesuatu yang diliputi, dilindungi atau dihilangkan dari pandangan/pengetahuan.

Dari perkataan jann, terbitnya perkataan majnun yang bererti orang gila. Secara literal, majnun bermakna 'orang yang disampuk jin'. Secara kontekstual, majnun menunjukkan orang yang dihilangkan akalnya.

Jinnah atau jinn pula bermaksud sejenis makhluk halus yang diliputi daripada pandangan mata kasar manusia.

Daripada perkataan jann juga, terbit perkataan janin. Ertinya, bayi yang berada di dalam perlindungan  rahim ibu.

Daripada perkataan jann juga, terbit pula perkataan junnah (perisai). Perisai digunakan untuk melindungi diri daripada serangan musuh. Rasulullah sallallahu alayhi wasallam menggunakan perkataan junnah dalam satu hadith sahih yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam Kitab as-Sawm: 

Sunday, March 23, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 2)

Seperti yang dikhabarkan dalam post yang lalu (Bahagian 1), tekanan peperiksaan dan beberapa perkara peribadi yang lain telah membawa saya ke London seorang diri. Saya memilih London berbanding kawasan yang lain adalah kerana London meninggalkan begitu banyak memori indah sebelum ini, terutamanya pada tahun pertama saya di UK.

2011 dalam kenangan.

Saturday, March 22, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 1)

Bismillah. Setelah lama tidak menulis post di Blog Ilal Firdaus ini, saya kembali buat masa ini. Post kali ini ialah rakaman semula Siri Travelog Mini saya ke London beberapa bulan sebelum saya pulang ke tanah air. Tidak semua yang mengikuti Blog Ilal Firdaus ini mengikuti halaman Facebook pada masa yang sama. Jadi disebabkan Siri Travelog Mini tersebut disiarkan di laman Facebook semata-mata maka saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkannya ke dalam penulisan blog. Maka, kepada sesiapa yang mengikuti Facebook Page Blog Ilal Firdaus, anda pasti pernah membaca siri travelog mini ini. Namun bagi mereka yang ketinggalan, maka saya titipkan perjalanan tersebut di blog ini tanpa anda perlu pergi ke laman Facebook untuk membacanya.

Kredit gambar: Wikipedia
comments powered by Disqus