Thursday, December 25, 2014

Dedikasi

Hari itu merupakan hari terakhir kaki dijejak di bumi Eropah. Masa telah tiba untuk pulang ke tanah air. Sedang menunggu pesawat MAS di Lapangan Terbang Heathrow, London, sempat berbual-bual ringkas bersama beberapa orang Malaysia yang turut sama menunggu. Ada seorang daripada mereka merupakan ahli keluarga kepada seorang rakan se-universiti yang bakal menaiki kapal terbang yang sama. Tanya insan tersebut pada saya tentang plan selepas pulang daripada pengajian ijazah nanti. Sama ada sambung belajar atau kerja dahulu.

Saya menidakkan kedua-dua pilihan tersebut, dan setelah menyatakan saya mempunyai rancangan yang lain, sambil tersenyum-senyum, saya dapat agak dari riak muka saudari tersebut bahawa beliau mengagak saya akan sebut tentang perkahwinan. Jadi sebelum beliau bertanya, terus sahaja saya nyatakan bukan perkahwinan perkara yang dimaksudkan. Rancangan tersebut adalah berkaitan pengambilan second degree (ijazah kedua).

Friday, December 19, 2014

Siri Avatar dan Ibu Bapa

Baru sebentar tadi habis menonton episod terakhir bagi siri ke-4 Avatar. Seperti penutup musim-musim sebelumnya, ada pengajaran dari sudut kerohanian agama Buddha yang ingin disampaikan oleh siri tersebut. Bagi siri ke-4, penonton dihadapkan dengan mesej bahawa setiap keburukan yang berlaku kepada diri dapat kita jadikan sebab untuk dapat mencari common ground dengan insan lain. Dan dengan common ground itu, kita dapat mendekati mereka (baca: mad'u) dengan sifat memahami. Kepada sesiapa yang tahu serba sedikit agama Budhha, anda pasti faham dengan jelas akan konsep ini.

Avatar Kora. Kredit gambar di sini.

Tuesday, November 25, 2014

Nota Puff Pastry

Jam menunjukkan pukul 5.23 petang. Sudah hampir tiga bulan berada di sini sebagai pelajar Masters. Sementara menunggu Maghrib, terasa ingin menulis. Inspirasi datang mengetuk pintu tanpa terduga.

Deadline bagi minggu ini adalah tugasan analisis data bagi subjek Penderiaan Jarak Jauh (Remote Sensing). Selepas itu fokus perlu diberikan kepada esei 10 ribu patah perkataan bagi subjek Ekologi yang belum pun mula ditulis walau sepatah kata. Tetapi sekurang-kurangnya nota catatan daripada beberapa rujukan sudahpun dibuat dua bulan yang lalu. Moga itu boleh membantu oral presentation pada minggu hadapan.

Dalam kelelahan belajar, ruang bernafas perlu dicari. Jika tidak, belajar boleh menjadi beban. Ruang-ruang ini berbeza bagi setiap pelajar. Ada yang pada hujung minggu menonton filem, ada yang pergi ke masjid mendengar kuliah, ada yang melepak di restoran bersama rakan, and the list goes on. Dalam kita berlari mengejar sesuatu yang diimpi, andai tidak berpegang pada realiti, kita bakal hilang diri. Realitinya kita adalah seperti gelas yang sentiasa perlu di-polish-kan dengan cabaran dan rintangan, tetapi tekanan yang terlalu kuat bakal memecah dan meretakkan kaca. Ibarat lirik lagu daripada Thompson Square yang bertajuk Glass:

"We may shine,
we may shatter,
we may be picking up the pieces here on after,
we are fragile,
we are human,
we are shaped by the light we let through us,
we break fast,
cause we are glass."

Monday, September 15, 2014

Tentang Hindu, Psikologi dan Kerohanian

Jam komputer riba menunjukkan pukul 4.15 pagi. Hari ini 16 September 2014, maka semua kelas dibatalkan sempena menyambut ulangtahun ke-51 Tanah Melayu bergabung dengan Sabah serta Sarawak. Di Dataran Tun Seri Lanang ini, cuma ada beberapa kerat sahaja yang masih online. Semuanya semestinya pelajar pascasiswazah yang sibuk membuat assignments masing-masing.

Plan malam ini adalah untuk mencari sedikit info setelah saya menghubungi bekas tenaga pengajar di Birmingham melalui email, untuk mendapatkan pandangan beliau atas kajian disertasi yang masih dalam cadangan. Berdasarkan email balas daripada beliau, saya menggunakan Encik Google bagi mencari info tentang seaweed, satu istilah yang beliau gunapakai untuk alga marin.

Kredit gambar di sini.

Wednesday, July 30, 2014

Semalam Yang Terbunuh (Bahagian 3 - Akhir)

Beberapa hari sebelum bertolak ke Selangor, saya perlu menghantar beberapa buah buku yang pernah di'pinjam' daripada bilik study asrama di sekolah lama. Pejam celik, sudah 7 tahun institusi ini ditinggalkan.

Driving dari rumah menuju sekolah. Sempat mengambil gambar sementara berhenti di simpang empat sambil menunggu lampu merah. Di pekan inilah dulunya lokasi para pelajar mencari roti canai, klinik kesihatan, barang-barang ration dan menunggu di perhentian bas semasa outing.

Saturday, July 26, 2014

Semalam Yang Terbunuh (Bahagian 2)

"Najmi."

Pensyarah Ekonomi terus menyebut nama saya secara spontan sebaik melihat saya membuka pintu departmen sains sosial. Beliau duduk betul-betul di arah bertentangan dengan pintu masuk. Sepertimana guru/pensyarah yang lain, memang menjadi kebiasaan untuk mereka menawarkan kerusi khas untuk pelajar duduk membuat consultation, atau dalam kes saya, sebagai bekas pelajar yang hadir bersembang-sembang bertanya khabar.

Friday, July 25, 2014

Semalam Yang Terbunuh (Bahagian 1)

Bas memberhentikan kami di Hentian Duta atas permintaan khas, kerana kawasan tersebut berhampiran dengan Federal Highway. Lebih senang untuk menuju ke arah Subang Jaya berbanding jika berhenti di Kajang. Itulah pertama kali kami sampai berdua di Kuala Lumpur. Saya dan motosikal Wave DX. Perjalanan kami dari arah utara semenanjung menggunakan khidmat pengangkutan kenderaan Intercity mengambil masa lebih kurang 7 jam.

Dua hari kemudian, Wave DX membawa saya ke kampus utama UKM di Bangi. Biarpun Bangi merupakan kawasan baru bagi kami, namun kawasan sekitar Bangi seperti Hentian Kajang, Putrajaya, Dengkil dan Banting sudah lama saya kenali. Malah, kembalinya saya ke pekan Banting dan Jalan Labohan Dagang ibarat pipit pulang ke pangkuan. 

Sempat berhenti untuk mengambil gambar matahari terbit. Subhanallah

Wednesday, July 16, 2014

Quraish Shihab Tidak Keliru (Bahagian 2 - Akhir)

BEDAHSIASAT SEBELUM DAN SELEPAS

Bagi melihat kenyataan Prof. Quraish Shihab dengan adil, perlu lihat kepada konteks perbualan antara beliau dengan pengacara rancangan. Sebelum kenyataan kontroversi itu dikeluarkan, mari kita lihat bagaimana soalan ditanyakan di dalam Bahasa Indonesia kepada Prof. Q.S. (lebih kurang pada minit ke-19 jika dilihat video penuh di YouTube);

"Tentang kemuliaan di sisi Allah, Pak Quraish. Nabi Muhammad kan sudah dijamin manusia paling mulia, (manusia) yang masuk syurga. Untuk kita-kita, manusia yang hidup zaman sekarang (orang awam) ataupun masa yang akan datang, apakah ada kemungkinan untuk bisa/boleh mengejar status begitu?"

Quraish Shihab Tidak Keliru (Bahagian 1)

Kredit gambar di sini.

"Tidak benar. Saya ulangi. Tidak benar. Bahawa Nabi Muhammad sudah dapat jaminan sorga," Prof. Quraish Shihab memulakan jawapannya ketika diajukan soalan oleh seorang pengacara rancangan TV Indonesia.

Kenyataan Prof. Quraish Shihab (Prof. Q.S.) tersebut mengundang kontroversi. Pelbagai pihak, sama ada melalui penulisan blog, komentar di YouTube mahupun perkongsian di Facebook, tampil bersuara bagi menyatakan ketidaksetujuan masing-masing. Ramai juga yang berkongsi nas-nas untuk mengemukakan hujah pandangan balas.

Melihat dari satu sudut, respons-respons yang datang menggambarkan sesuatu yang positif. Masyarakat tidak kira di Indonesia mahupun di Malaysia kelihatan sensitif dengan perkara asas aqidah yang dirasakan bertentangan dengan apa yang dipelajari selama ini. 

Prof. Q.S. dalam blog beliau telah menulis huraian lanjut bagi menjawab kontroversi ini:
Kepada yang meminta klarifikasi langsung, berikut jawapan saya:
Uraian tersebut dalam konteks penjelasan bahwa amal bukanlah sebab masuk surga, walau saya sampaikan juga bahwa kita yakin bahwa Rasulullah akan begini (masuk surga). Penjelasan saya berdasarkan hadith:

لا يدخل احدكم الجنة بعمله قيل حتى انت يا رسول الله قال حتى انا الا ان يتغمدني الله برحمنه

“Tidak seorang pun masuk surga karena amalnya. Sahabat bertanya, “Engkau pun tidak?”, beliau menjawab, “Saya pun tidak, kecuali berkat rahmat Allah kepadaku.”

Ini karena amal baik bukan sebab masuk surga tapi itu hak prerogatif Allah.

Uraian di atas bukan berarti tidak ada jaminan dari Allah bahwa Rasul tidak masuk surga, saya jelaskan juga di episod yang sama bahwa Allah menjamin dengan sumpah-Nya bahwa Rasulullah SAW akan diberikan anugerah-Nya sampai beliau puas, yang kita pahami sebagai Surga dan apapun yang beliau kehendaki. Wa la sawfa yu’thika rabbuka fa tharda. Itu yang saya jelaskan tapi sebagian dipelintir, dikutip sepotong dan di luar konteksnya. Silakan menyimak ulang penjelasan saya di episode tersebut. Mudah-mudahan yg menyebarkan hanya karena tidak mengerti dan bukan bermaksud memfitnah.
[Petikan daripada QuraishShihab.com]

Sunday, June 15, 2014

Tentang Anak Kecil dan Anak Muda

Selama hampir tiga bulan pernah saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar sementara berkontrak di sebuah sekolah rendah. Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang asing kepada kanak-kanak memerlukan skill dan passion. Biarpun cuma mengajar nama-nama objek, misalnya, seperti tree dan fish, ia tidak semudah mengajar 1,2,3.

Saya ditugaskan sebagai satu-satunya guru Bahasa Inggeris untuk anak didik Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Alhamdulillah, bagi setiap peringkat tahun, kelas hanya ada satu. Maka jumlah kelas adalah tiga kesemuanya, masih manageable untuk seorang guru.




Sepanjang tempoh tersebut, saya mengambil peluang untuk mengikat bonding bersama para pelajar. Kerana saya tahu masa untuk bersama tidak lama. Seringkali mereka mendapat nasi lemak percuma. Ada kalanya kami makan bersama di meja guru pada waktu rehat. Selepas tamat kontrak, saya tidak mahu keluar hanya dikenang sebagai bekas pengajar di mata anak-anak didik, tapi sebagai ahli keluarga yang pernah 'tinggal' bersama.

Friday, May 30, 2014

Membeli Buku Secara Online

Terdapat banyak pilihan kedai online untuk membeli bahan bacaan. Jika anda memerlukan bahan bacaan berbentuk akademik seperti thesis atau buku ilmiah lain, sesetengah universiti di Malaysia menyediakan kedai bookstore online untuknya. Saya pernah membeli History of Truth: The Truth About God and Religions karya Dr. Adel Elsaie dari kedai bookstore online Universiti Sains Islam (USIM).

Selain itu, jika anda memerlukan buku-buku terbitan syarikat lokal, setiap satu syarikat tentu ada website dan kedai online mereka. Terbaru, saya membeli hasil buah tangan Ustaz Hasrizal yang terbaru (Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi) dari website Karangkraf selepas tidak dapat mencari buku itu di kedai-kedai buku di Kedah.

Ada juga pilihan untuk membeli buku-buku online daripada gudang buku online yang besar seperti Lazada. Melalui Lazada, saya pernah membeli novel Life of Pi yang sangat terkenal. Walaupun sudah lama berhenti meminati novel dan sudah beralih kepada buku-buku ilmiah, novel Life of Pi terasa sebagai sebuah buku yang wajib dibeli juga, kerana idea falsafah spiritualnya bukan calang-calang. Hasil air tangan Yann Martel (graduan falsafah) ini perlu saya lihat dan baca sendiri, selepas menonton filem adaptasi Life of Pi.

Kredit gambar di sini.


Thursday, March 27, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian Akhir)

1 Jun 2013

Selesai bermalam di London. Dalam perjalanan pulang ke Selly Oak, Birmingham. 

Alhamdulillah, pemandu bas membenarkan saya naik walaupun saya tidak memaklumkan kepada syarikat bas untuk menaiki bas pada hari ini, kerana tiket yang dibeli adalah tiket Open Return. 

Apabila bas mula berjalan, barulah saya sedar di dalam beg tidak ada minuman. Risau juga kerana perjalanan bas adalah selama 3 jam tanpa henti.

Sekitar jam 8.30 malam, bas 410 dari Victoria Station yang dinaiki mengalami tayar pancit. 


Gambar tayar bas yang pancit yang sempat saya ambil.

Wednesday, March 26, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 4)

31 MEI 2013

Bergerak ke St. James Park untuk melihat tasik dan tumbuh-tumbuhan di sana.

Bunga-bunga dengan gabungan warna ungu, kuning dan merah jambu memang sesuatu yang tipikal untuk diperhatikan di bumi UK ketika musim bunga.
 

Tasik St. James Park sangat jernih lagi memikat hati. (Kredit gambar di sini.)

Terdapat beberapa ekor burung yang bertabiat pelik di sini, iaitu tabiat berdiri sebelah kaki. Saintis menamakan tabiat ini sebagai unipedal posture, atau one-leg stance behaviour. Antara hipotesis untuk menjustifikasikan tabiat ini termasuklah kawalan suhu badan.

Tuesday, March 25, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 3)

31 MEI 2013

Mengambil angin di Buckingham Palace (Istana Buckingham), kemudian bergerak ke arah destinasi paling utama yang ingin dituju, Buckingham Palace Green Park.

Sewaktu pertama kali menjejak kaki di sini pada tahun 2011 yang lalu, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah perkataan 'jannah', disebabkan keadaan taman yang begitu nyaman dan tenang.

Biarpun perkataan jannah terdiri daripada tiga huruf berbeza (jim, nun dan ta marbutah), jannah berasal daripada perkataan jann. Dalam bahasa Arab, kebanyakan perkataan berasal daripada sistem tiga huruf yang dipanggil 'triliteral root'. Jann mempunyai dua huruf nun dan satu huruf jim. (Jann = jim, nun, nun). Apabila ditulis, kedua-dua huruf nun digabungkan dengan penggunaan tanda syaddah.

Jann memberikan konotasi sesuatu yang diliputi, dilindungi atau dihilangkan dari pandangan/pengetahuan.

Dari perkataan jann, terbitnya perkataan majnun yang bererti orang gila. Secara literal, majnun bermakna 'orang yang disampuk jin'. Secara kontekstual, majnun menunjukkan orang yang dihilangkan akalnya.

Jinnah atau jinn pula bermaksud sejenis makhluk halus yang diliputi daripada pandangan mata kasar manusia.

Daripada perkataan jann juga, terbit perkataan janin. Ertinya, bayi yang berada di dalam perlindungan  rahim ibu.

Daripada perkataan jann juga, terbit pula perkataan junnah (perisai). Perisai digunakan untuk melindungi diri daripada serangan musuh. Rasulullah sallallahu alayhi wasallam menggunakan perkataan junnah dalam satu hadith sahih yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam Kitab as-Sawm: 

Sunday, March 23, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 2)

Seperti yang dikhabarkan dalam post yang lalu (Bahagian 1), tekanan peperiksaan dan beberapa perkara peribadi yang lain telah membawa saya ke London seorang diri. Saya memilih London berbanding kawasan yang lain adalah kerana London meninggalkan begitu banyak memori indah sebelum ini, terutamanya pada tahun pertama saya di UK.

2011 dalam kenangan.

Saturday, March 22, 2014

Siri Travelog Mini: Dari Birm ke London (Bahagian 1)

Bismillah. Setelah lama tidak menulis post di Blog Ilal Firdaus ini, saya kembali buat masa ini. Post kali ini ialah rakaman semula Siri Travelog Mini saya ke London beberapa bulan sebelum saya pulang ke tanah air. Tidak semua yang mengikuti Blog Ilal Firdaus ini mengikuti halaman Facebook pada masa yang sama. Jadi disebabkan Siri Travelog Mini tersebut disiarkan di laman Facebook semata-mata maka saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkannya ke dalam penulisan blog. Maka, kepada sesiapa yang mengikuti Facebook Page Blog Ilal Firdaus, anda pasti pernah membaca siri travelog mini ini. Namun bagi mereka yang ketinggalan, maka saya titipkan perjalanan tersebut di blog ini tanpa anda perlu pergi ke laman Facebook untuk membacanya.

Kredit gambar: Wikipedia
comments powered by Disqus