Thursday, October 24, 2013

Surah Al-Baqarah Menjawab (Bahagian Akhir)

"Ketahuilah! Sungguh, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan, hiburan, perhiasan, saling berbangga di antara kamu dan perlumbaan dalam menambah kekayaan dan anak keturunan ..."
(Surah Al-Hadeed: 20)

Antara yang menjadikan istimewanya Kitab Allah adalah terdapat beberapa objek alam diangkat menjadi penampung kepada sesebuah idea. Ini dapat dilihat dalam banyak ayat, termasuklah sambungan kepada ayat di atas:
Kredit gambar di sini.




"... ibarat hujan yang tanamannya membuat para petani berasa kagum (gembira), kemudian tanaman itu menjadi kering, lalu kamu melihat warnanya kuning (layu) kemudian menjadi hancur."
(Surah Al-Hadeed: 20)

 



Tuesday, October 22, 2013

Surah Al-Baqarah Menjawab (Bahagian Dua)

Al-Quran merupakan kalam Allah. Sebagai Pencipta, sudah tentu Allah mengenal ciptaan-Nya lebih daripada manusia mengenal diri sendiri. Ilmu kemanusiaan tidak dipinggirkan sebagai salah satu ilmu yang ada di dalam al-Quran, disebabkan manusia merupakan komponen penting sebagai khalifah di bumi yang akan melaksanakan syariat Allah. Maka Allah membantu manusia mengenal dirinya sendiri melalui Al-Quran.

Manusia dan keinginan adalah umpama lautan dan ombak. Tidak ada manusia yang tiada keinginan, melainkan manusia yang cacat akalnya. Oleh itu, semasa zaman awal sebagai bayi dan kanak-kanak kecil yang kurang sempurna akalnya, keinginan masih belum timbul. Sekiranya kita memberikan iPad kepada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil, kanak-kanak/bayi tersebut tidak akan menunjukkan reaksi keinginannya. Paling jauh, anak-anak yang innocent ini mungkin cuma bergelak ketawa sebagai reaksi biasa seorang bayi. Tidak lebih dari itu. Pada ketika ini, tiada keinginan pada mereka. Yang ada cuma keperluan. Keperluan untuk makan (bahan yang lembut seperti roti, kismis dan buah-buahan) serta minum (terutamanya susu), keperluan untuk tidur secukupnya serta keperluan kasih sayang tentunya.

Sunday, October 20, 2013

Surah Al-Baqarah Menjawab (Bahagian Satu)

Saya di KLIA pada waktu itu. Disebabkan penerbangan Emirates berpusat di terminal satelit, semua penumpang mesti menaiki aerobridge yang menghubungkan bangunan utama KLIA dengan satellite building. Saya mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau kedai MPH Bookstore yang terletak berhampiran dengan aerobridge.
 
Kredit gambar di sini.

Satu buku menarik perhatian; Marketing in the Age of Google karya Vanessa Fox. Penulisnya mengajak pembaca yang ingin menguasai arena online marketing dengan menguasai customer behaviour yang memfokuskan kepentingan organic search sebagai aspek utama berbanding paid search.

comments powered by Disqus