Tuesday, July 16, 2013

Seorang Graduan dan Secebis Pengalaman (Bahagian 4)

"Ni first time aku lalu ikut sini," kata saya kepada Arul (bukan nama sebenar). Pada hari itu saya sengaja meluangkan masa mengikuti kuliah Maths di bangunan Arts, walaupun department saya ialah Biosains. Arul membawa saya mengikut laluan shortcut melalui belakang bangunan Aston Webb, buat pertama kalinya. Bangunan berbata merah yang berhadapan dengan clock tower yang menjadi landmark universiti ini membawa datang angin yang berbisik bahasa kenangan.

Bukan saja majlis graduasi kami, bahkan bangunan itu menyaksikan kami bersama-sama bergambar saban tahun sempena sambutan Hari Raya Idul Adha.






Sunday, July 14, 2013

Seorang Graduan dan Secebis Pengalaman (Bahagian 3)

"Cuba search dekat google image, apa beza rupa nangka dan cempedak," saya memberikan cadangan kepada Ashraffin (bukan nama sebenar). Pada waktu itu pasar raya Al-Halal menjual banyak buah-buahan yang nampak seakan-akan cempedak, tapi boleh jadi buah-buah itu juga merupakan buah nangka. Walaupun nama yang diletakkan di label rak ialah Jackfruit (merujuk kepada nangka), kami masih juga ingin mencari kepastian. 

Kami membelek-belek buah-buah di dalam rak yang diletakkan di luar supermarket Al-Halal. Lama juga 'perdebatan' kami tentang cempedak versus nangka, namun akhirnya sebiji pun tidak terbeli.

Kredit gambar di sini.

Saturday, July 13, 2013

Seorang Graduan dan Secebis Pengalaman (Bahagian 2)

Untuk tahun 2013 ini, kami bertiga merupakan pelajar Melayu paling terakhir sekali menyambut hari graduasi. Disebabkan itu hampir semua pelajar yang telahpun bergraduasi sebelum kami berkesempatan untuk hadir menyambut hari penuh bersejarah ini bersama.

Sesi pemakaian jubah graduation.
Penulis (dua dari kiri) bersama rakan-rakan.

Friday, July 12, 2013

Seorang Graduan dan Secebis Pengalaman (Bahagian 1)

Setiap hari merupakan tarikh yang bersejarah buat hidup kita. Setiap waktu yang dilalui akan menguli, mengadun dan mengacu hidup menjadi arca siapa kita pada masa hadapan. Alhamdulillah Allah telah memilih tarikh 10 Julai 2013 sebagai penamat tempoh tiga tahun saya merantau di bumi Eropah khususnya di United Kingdom.

Sehari sebelumnya merupakan tarikh graduasi yang ditunggu-tunggu.
School of Biosciences' 2013 graduants.
Barisan disusun dengan sempurna sebelum gambar rasmi diambil.

comments powered by Disqus