Saturday, April 20, 2013

Salah Siapa?

"Ada beza ke gambarnye kalau Rasyid duduk (sambil ambil gambar) macam tu?" tanya Syah Jehan, spontan.

Agaknya Syah Jehan (bukan nama sebenar) pelik kenapa Rasyid (bukan nama sebenar) perlu memposisikan dirinya sebegitu rupa semasa mengambil gambar kami.

Ya, Rasyid memang mengambil posisi yang agak janggal untuk sebuah tugas photographing yang simple sebegitu.

Tapi antara semua gambar beramai-ramai, itulah gambar yang terbaik hasilnya, berbanding yang lain.

BBQ before our final exam of the year!

Dalam dunia photographing, ada tiga komponen penting. Kamera, insan di sebalik kamera dan juga gambar yang terhasil. Kehidupan ini juga adalah analogi daripada tiga komponen tersebut. Kamera merupakan analogi kepada apa yang di tangan kita. Apa yang sudah kita dapat. Inilah yang akan digunakan untuk membina kehidupan dan move forward. Kedua, insan di sebalik kamera. Effort yang tinggi dan niat ikhlas seorang photographer dapat menghasilkan result gambar yang terbaik. Sudah tentulah orang-orang di dalam gambar juga memainkan peranan untuk mendapatkan gambar yang cantik, tetapi peranan utama datangnya dari empunya pemegang kamera itu sendiri. Dalam kehidupan juga begitu:

"Sungguh, Allah tidak mengubah keadaan sesebuah kaum sehinggalah kaum itu yang mengubah diri mereka sendiri." (Ar-Ra'd; 11)

Friday, April 12, 2013

Tadabbur Surah ar-Rahmaan Bersama Ustaz Nouman Ali Khan [Bahagian 5]


Musim luruh, University of Birmingham.
Di UK pun ada pokok bunga Sakura!
Sakura putih.


Post kali ini mengingatkan saya kepada sebuah siri berbahasa Mandarin yang disiarkan di TV3 satu ketika dulu yang berjudul Plum Flower Scar. Disebabkan ayat tadabbur seterusnya berkaitan dengan bunga dan tumbuh-tumbuhan, terpaksalah saya menjadi mat bunga kali ini. Nah, di bawah ada lagi beberapa gambar yang sempat di-snap oleh handset Optimus saya sewaktu cuti musim bunga di Venice dan cuti musim panas di Malaysia pada tahun 2012.

comments powered by Disqus