Thursday, January 31, 2013

Review Kung Fu Panda Season 2 Episod 10

Kredit gambar di sini.
Movie Kungfu Panda 2 boleh dilihat sebagai penerbitan yang berjaya. Ramai penonton di sebelah barat memuji nilai animasi dan aksi yang ditonjolkan kepada penonton. Manakala rata-rata penonton di sebelah timur pula lebih cenderung untuk menilai filem tersebut dari aspek pengajaran yang dikeutarakan. Banyak blog menyambut Kung Fu Panda 2 dengan reaksi positif.  Melihatkan kepada sambutan yang menggalakkan, mungkin sebab itulah Kung Fu Panda diteruskan sebagai siri animasi, yang kini diberikan tajuk Kung Fu Panda: Legends of Awesomeness.

Sesi Live Bersama Ustaz Nouman Ali Khan [Bahagian 4]

Di bahagian keempat ini, kita akan mula belajar bagaimana untuk appreciate, atau dalam bahasa Melayunya, mengakui kepentingan/kualiti/nilai beberapa elemen alam yang disebut dalam surah ar-Rahmaan.


Elemen pertama: BUMI

وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ

Dan bumi, Dia bentangkannya untuk semua jenis makhluk (yang bernyawa).


Ini ialah ayat kesepuluh dalam surah ar-Rahmaan. Apa yang istimewa sangat dengan bumi ni?

Sunday, January 27, 2013

Lafaz Hati

(Artikel selingan, sementara menunggu masa sesuai untuk menyambung siri tadabbur surah ar-Rahman.)

Pernah, saya menulis sepucuk warkah buat seorang sahabat, berkenaan Baitul Muslim. Antara kandungan surat bertulisan jawi itu berbunyi lebih kurang begini:

Thursday, January 17, 2013

(Bahagian 3) Perkongsian Ustaz Nouman Ali Khan di Birmingham

Sesi soal jawab untuk pihak brothers pula.
Inilah jarak paling dekat antara kami yang boleh saya ambil.
Sebagai memulakan perkongsian surah ar-Rahman, Ustaz Nouman (UN) memetik sebahagian daripada ayat dari Surah Sad:

"Sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat, supaya mereka renungkan dengan mendalam ayat-ayatnya dan supaya memperingatkan golongan ulul-albab." (38:29)

Sesi Bersama Nouman Ali Khan - Unplugged Version (Bahagian 2)

Ustaz Nouman beraksi dengan microphone beliau.
Gambar diambil dari lensa LG Optimus kepunyaan saya.
Barisan paling hadapan itu jugalah yang saya pilih. Al-maklum, famous speaker lah katakan. Bila lagi nak menatap wajah guru al-Quran favourite yang seorang ni dari dekat!

Program dari 5 petang hingga 10 malam di Small Heath, Coventry Road ini memang tidak langsung memenatkan. Makin lama duduk mendengar, makin asyik dengan keindahan details pada surah ar-Rahmaan. Kalau ada perkara yang nak dikesalkan, ianya mungkin adalah kenyataan bahawa para hadirin tidak berpeluang untuk bergambar dengan beliau. Saya sendiri tidak sempat bersalam dengan UN walaupun cuba mengejar beliau setelah sesi selesai. Apapun, bukan itu tujuan utama.

Perkongsian Sesi Bersama Nouman Ali Khan (Bahagian 1)

Picture taken by one of the staffs at The Rex Building, Small Heath, England. This was from the point of view of the sisters side. Picture is credited to Bayyinah Institute.
"Ingat tak, semalam dia (Ustaz Nouman) ada keluarkan persoalan kenapa Allah ciptakan neraka / ceritakan tentang neraka sedangkan the whole surah is about Ar-Rahmaan (=mercy) itself ?" saya bertanya mereka.

"Dia memang ada mention pasal tu. Tapi aku tak rasa dia jawab soalan tu la..," jawab rakan saya, Akmal Hayat. 

Monday, January 14, 2013

Salji Itu Saksinya

Wajah-wajah rakan-rakan penulis. Kenangan Jaulah Winter 2010.

Hari ini bertarikh 14 haribulan Januari 2013. Salji turun semula di Selly Oak selepas berhenti selama sehari. Tahun ini tahun terakhir boleh merasa pengalaman bersalji.

Drup... drup... drup ... Satu hari nanti pasti akan rindu untuk mendengar bunyi ketikamana kaki diinjakkan ke atas salji setiap kali berjalan dengan kasut atau selipar. Bunyi yang tak akan dapat didengar di tiga musim yang lainnya, melainkan musim winter.

Thursday, January 03, 2013

Qalbun Salim Doaku Untukmu, Tam

"Tadi Mi telepon... Tam tak angkat..."

Itu antara pembuka perbualan kami dalam bahasa Kedah. Saya sudah biasa membahasakan diri dengan panggilan 'Mi' jika berbual dengan emak saudara yang saya panggil 'Tam' ini, singkatan untuk pangkat beliau, Mak Tam dalam keluarga sebelah emak.

Gambar hiasan. Kredit di sini.

comments powered by Disqus