Friday, July 20, 2012

Review Buku: Transformasi Ramadan Hasil Karya oleh Ustaz Hasrizal

“Beli satu dapat sepuluh!” Sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya. Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. ‘Talk of the town’ kata orang putih.

                Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian satu akan diberi 10. Bukan sahaja beli satu dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang telah dikenakan road block. … Ada hari istimewa pada hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000!

                Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena-mengena langsung!

Wednesday, July 11, 2012

Kanak-kanak Riang VS Batu-bata Kehidupan

"Wa'ala alihi wasahbihi wasallam. Walhamdulillahi rabbil 'alamin..."

Imam menutup doa, selesai sudah tiga rakaat Maghrib. Maka bertebaranlah kami selepas bersalam-salaman.

Kisah Roti Arab

"Roti arab satu!" emak saya memberitahu pekerja kedai. "Kuah dal, ya."

Itulah dialog yang berlaku setiap kali. Tetapi kali ini satu kejadian menyebabkan emak tersentak sejenak.

"Roti arab satu!" pinta seorang lagi pembeli wanita kepada pekedai tersebut. "Kuah dal, campur sambal ya."

comments powered by Disqus