Saturday, April 28, 2012

Doa dari al-Quran - Buat Sebuah Persahabatan

Nabi Muhammad, sahabat paling baik baginda ialah seorang yang bernama Abu Bakr as-Siddiq. Punyalah setia sekali Abu Bakr dengan Rasulullah. Sanggup menggantikan keselesaan selimut di rumah dengan kesejukan Gua Thur, atas nama setia seorang sahabat. Sahabat yang sejati.

Nabi Musa pula? Susahnya ujian dakwah baginda, kerana dia harus berjumpa Fir'aun, seorang yang bukan kepalang. Sudah tentu perlu kekuatan. Dan kekuatan semestinya datang daripada Allah. Namun sebagai manusia (basyar), Musa tahu dia perlukan kekuatan dari sudut lain juga. Maka Musa berdoa:

Monday, April 16, 2012

Al-Quran dan Diri Kita

"Kau dah khatam Qur'an berapa kali seumur hidup kau?" tanya saya kepada rakan-rakan (beberapa tahun dahulu, di waktu usia masih mentah.)

Rata-rata mereka memberi jawapan 8-10 kali. Hebat! Jeles-nya saya!

comments powered by Disqus