Friday, December 07, 2012

Apa Ada Pada Nama: Teknik Rasulullah Bergaul

Kredit gambar di sini.


Pernah satu ketika, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah, di mana Ali berada. Lalu Fatimah memberikan jawapan kepada baginda bahawa 'Ali sedang berada di masjid. 

Sunday, November 18, 2012

Dwicara dalam Memberi

Seorang pemuda baru sahaja pulang dari tempat kediaman rakannya di Keele, Heffordshire, United Kingdom. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 9 malam pada ketika dia berdiri di perkarangan jalan di tengah bandar besar Birmingham City Centre. Cuma satu malam sahaja dia bermalam di Keele. 

"Nak mencari damai yang hilang. Kata hati."


Friday, July 20, 2012

Review Buku: Transformasi Ramadan Hasil Karya oleh Ustaz Hasrizal

“Beli satu dapat sepuluh!” Sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya. Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. ‘Talk of the town’ kata orang putih.

                Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian satu akan diberi 10. Bukan sahaja beli satu dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang telah dikenakan road block. … Ada hari istimewa pada hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000!

                Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena-mengena langsung!

Wednesday, July 11, 2012

Kanak-kanak Riang VS Batu-bata Kehidupan

"Wa'ala alihi wasahbihi wasallam. Walhamdulillahi rabbil 'alamin..."

Imam menutup doa, selesai sudah tiga rakaat Maghrib. Maka bertebaranlah kami selepas bersalam-salaman.

Kisah Roti Arab

"Roti arab satu!" emak saya memberitahu pekerja kedai. "Kuah dal, ya."

Itulah dialog yang berlaku setiap kali. Tetapi kali ini satu kejadian menyebabkan emak tersentak sejenak.

"Roti arab satu!" pinta seorang lagi pembeli wanita kepada pekedai tersebut. "Kuah dal, campur sambal ya."

Monday, June 04, 2012

Dua Tahun di Birmingham Bertuah

Tahun ini tahun 2012, sudah genap satu perlima dasawarsa lamanya kaki dijejakkan di Birmingham, England. Mungkin jarak masa dua tahun pada sebilangan manusia akan terisi dengan aktiviti mengumpul barangan yang disukai. Sekadar hobi, atau mungkin juga untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai souvenier.

Ada yang saya tahu sangat gemar mengumpul duit syiling Great Britain Pound. Bagi mereka yang hidup sehariannya di UK ini tidak pernah berenggang dengan kereta api di tempat masing-masing yang digunakan untuk ke universiti atau ke bandar berdekatan, ada di antara mereka ini suka mengumpul pas-pas atau tiket perjalanan. Ada yang mencecah tebal beberapa naskhah al-Quran! Bukti betapa kerapnya para pelajar mengembara. Bumi UK di benua Eropah yang jauh dari kampung halaman tidak lagi terasa seperti bumi yang asing.

Saturday, May 05, 2012

Review Mengejar Sempurna oleh Demascus & Mirwana


Kredit gambar di sini.
 
Menelusuri bait-bait Mengejar Sempurna ibarat menongkah arus waktu dalam perjalanan indah sebuah emosi. Saya dibawa kembali ke satu waktu yang terhenti, kenangan secangkir memori.




Tuesday, May 01, 2012

Sibghah at-Tarbiyyah

Suka makan strawberry celup coklat? Nyam nyam! Soodapp ..!

Hidup ini seperti strawberi juga. Kadang-kadang, untuk menambah apa yang dinamakan sebagai added value, kita memerlukan celupan coklat untuk lebih rasa, lebih umph-nya!

Kredit gambar di sini.


Melihat Gajah, Mentafsir Bintang, Menghidup Qanaah, Menghayati Syukur

Zuhur tadi, saya terlepas peluang solat jemaah di Masjid Jalalabad, maka saya terus ke Prayer Room di bangunan Guild of Students. Alhamdulillah, sempat berjemaah berdua-duaan dengan seorang muslim dari Somalia, Yusuf namanya. Katanya beliau mengambil PhD dalam bidang Chemistry. Bagus sekali! Lepas solat, saya mengajaknya menjamah pisang yang baru dibeli. Murah! 1 Pound untuk satu bakul. Manis sekali pisang itu, tapi manis lagi ukhuwwah yang terbina dengan akhi Yusuf walau sekejap.

Saturday, April 28, 2012

Doa dari al-Quran - Buat Sebuah Persahabatan

Nabi Muhammad, sahabat paling baik baginda ialah seorang yang bernama Abu Bakr as-Siddiq. Punyalah setia sekali Abu Bakr dengan Rasulullah. Sanggup menggantikan keselesaan selimut di rumah dengan kesejukan Gua Thur, atas nama setia seorang sahabat. Sahabat yang sejati.

Nabi Musa pula? Susahnya ujian dakwah baginda, kerana dia harus berjumpa Fir'aun, seorang yang bukan kepalang. Sudah tentu perlu kekuatan. Dan kekuatan semestinya datang daripada Allah. Namun sebagai manusia (basyar), Musa tahu dia perlukan kekuatan dari sudut lain juga. Maka Musa berdoa:

Monday, April 16, 2012

Al-Quran dan Diri Kita

"Kau dah khatam Qur'an berapa kali seumur hidup kau?" tanya saya kepada rakan-rakan (beberapa tahun dahulu, di waktu usia masih mentah.)

Rata-rata mereka memberi jawapan 8-10 kali. Hebat! Jeles-nya saya!

Wednesday, March 28, 2012

Selayang pandang nota cinta-Nya

Sejak mengenali rakaman-rakaman Youtube oleh Nouman Ali Khan, dari masa ke masa bertambahlah koleksi rujukan peribadi tafsir dan tadabbur di rak buku bilik dan di bookmarks browser saya kerana minat yang mendalam untuk mengkaji dan menyelami mesej al-Quran.



Lagi beberapa hari insya Allah akan sampailah saya di Gilwell Park Scout Activity Centre London untuk mengimarahkan program Spring Camp UK and Ireland (atau Mukhayyam Al-Quran 2012).

Tema kali ini sekali lagi bersamaan dengan tema tahun lepas ... tidak lain dan tidak bukan ...

Saturday, March 24, 2012

Ukhuwwah


KEKUATAN DI ATAS KEKUATAN

Ukhuwwah itu memberi kekuatan. Tapi untuk membinanya, kita juga memerlukan kekuatan!

Friday, March 23, 2012

Transformers di Bawah Tempurung, Keluar Mendapatkan Cahaya

Bagi kita yang lahir daripada sistem pendidikan di Malaysia, pastinya kebanyakan ilmu dalam ibadah-ibadah khusus yang diajar adalah diambil daripada 'mazhab Imam Syafi'e'. Alhamdulillah, institusi persekolahan Malaysia menggunapakai fiqh daripada salah seorang imam muktabar (Imam Syafi'e), bukan dari mana-mana aliran yang batil.
comments powered by Disqus